Written by AbangNara | August 25th, 2009

Di atas adalah video perkahwinan @ pernikahan Waheeda dan Akhil Hayy.

Ketar sebentar lutut kami apabila dengar kenyataan Akhil Hayy yang dia nak menyaman blogger yang mengutuk dia dan isteri barunya, Waheeda. Terus kami check artikel-artikel kami sebelum nie, kot-kot ada yang berbau unsur-unsur kutukan terhadap 2 makhluk nie.

Baca punya baca, kami memang tak ada buat kutukan langsung terhadap Waheeda dan Akhil Hayy. Malah kami memuji Akhil kerana berkahwin cepat dengan Waheeda. Maklumlah ubat bagi kenan sihir Waheeda hanya ada pada Akhil. Jadi perkahwinan mungkin dipercepatkan agar Waheeda lebih cepat sembuh.

Malah kami tumpang gembira kerana Akhil dan Waheeda dapat berbuka dan bersahur bersama-sama sementara Maiza pulak makan sorang-sorang. Kiranya Akhil beruntung kerana tak pernah merasa bersahur tanpa seorang isteri di sisinya. Tambah-tambah lagi isteri yang lagi muda dan cun melecun macam Waheeda. Mungkin sempat bagi ubat sihir Waheeda sebelum tamat waktu sahur.

Jadi kepada Akhil, janganlah saman kami di BeautifulNara. Kami tak pernah mengutuk anda. Cuma memberi puji-pujian yang menggunung. Kalau ada kutuk pun, orang kata kutukan yang membina. Agar bahtera yang dilayari bersama Waheeda tak karam macam bahtera bersama Maiza dulu. Kalau kena saman pun, kami tak ada duit nak bayar. Hehehe.

Sekali lagi buat Waheeda dan Akhil Hayy, selamat berpuasa dan berhari raya dengan suami dan isteri baru. Jangan lupa pakai baju raya sedondon tau. Hehehe.