April 9th, 2011

laika keluar af9

Akhirnya minggu pertama AF9 menyaksikan penyingkiran seorang pelajar perempuan iaitu Laika. Abang Nara tak sempat nak tengok kesemua pelajar yang buat persembahan. Tapi dari apa yang Abang Nara sempat tengok, nampak macam si Afif tue je yang ok sikit. Yang lain agak kurang sedap di telinga Abang Nara. Apa pulak pendapat korang?

P.S: Persembahan paling best sudah tentu persembahan Dina dan Zizan Raja Lawak. Awesome gila ~~

Advertisement
Advertisement
April 2nd, 2011

erul af9

Ok Abang Nara tengah bengang tahap gila-gila sekarang ini. Rage tahap gaban. Baru lepas habis tengok konsert Tirai AF9 dan sangat marah dengan si Erul AF9. Selaku seorang yang pernah belajar di Korea, Abang Nara sumpah kecewa apabila si Erul yang mengaku minat K-POP tapi sebut “Annyonghaseyo” pun tak betul langsung. Memang salah 100%.

Dan tambah membengangkan ialah apabila si Erul ini menyanyi lagu Korea untuk persembahannya. Apa kejadahnya? Dah tak ada lagu Melayu ke? Dah la sebutan sepatah haram pun Abang Nara tak faham. Kalau tak reti tak payah la. Buat sakit telinga je. Atau ini cara Erul untuk pancing undi peminat KPOP Malaysia? So cheap kalau betul ini cara pancing undian.

Advertisement

Lain-lain pelajar persembahan ok-ok sahaja. Paling menyerlah sudah tentu Miza. Macam Beyonce. Kepada Erul, tak payah la cakap Korea. Buruk bebenor. Buat malu diri sendiri je.

P.S: Maaflah kalau rasa ayat Abang Nara agak over the limit. Masa tulis agak emosi. Tapi sekali lagi nak terangkan. Suara Erul memang OK. Sedap. Package pun ada. Cuma tak perlulah guna bahasa Korea. Kalau anda kata anda minat KPOP, at least sebutan “Annyonghaseyo” yang basic tue pun wajib tau sebut dengan betul-betul. Baru betul minat KPOP dan bukan sekadar hanya propa. Tak gitu?

P.P.S: Ada orang kata Abang Nara riak sebab nak tunjuk pernah belajar cakap Korea. Aih. Kalau Abang Nara tak cakap Abang Nara  pernah belajar kat Korea dan tiba-tiba tegur si Erul sebutan bahasa Korea salah, nanti korang cakap Abang Nara poyo. Nanti korang cakap Abang Nara pun tak pernah belajar bahasa Korea ada hati nak tegur si Erul. So camner tue?

Advertisement
March 29th, 2011

12 pelajar af9

Akhirnya semalam bertempat di AEON2 Setiawangsa, 12 pelajar Akademi Fantasia 9 dan tenaga-tenaga pengajar telah pun diumumkan. Sekali pandang, kesemua pelajar nampak ada pakejnya yang tersendiri. Kita tunggu konsert Tirai AF9 yang bakal berlangsung 2 April ini jam 9 malam di Astro Ria 104 untuk tengok suara mereka pulak.

12 pelajar af9

Advertisement

Untuk makluman, pengetua AF9 hanya akan diumumkan semasa konsert tirai AF9. Dengar-dengar ceritanya Amy Search bakal dinobatkan sebagai pengetua AF9. Benar atau tidak, korang kena tercongok depan TV hari Sabtu ini. Untuk tenaga pengajar pulak, Syafizawati dan Ning Baizura dilantik sebagai guru vokal, Adlin Aman Ramlie sebagai guru seni persembahan, Fatimah Abu Bakar sebagai guru motivasi dan Aris sebagai guru tari.

Menariknya AF9 kali ini ialah sesi pembelajaran akan diadakan di dalam akuarium besar bertempat di AEON Setiawangsa. Jadi kalau sesiapa yang kebosanan tak tahu nak buat apa, boleh pergi ushar apa pelajar-pelajar AF9 nie buat kat sana.  Lagi gambar 12 pelajar Akademi Fantasia 9 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Lawati laman web rasmi Akademi Fantasia atau follow Twitter Akademi Fantasia untuk update terkini.

12 pelajar af9

12 pelajar af9

12 pelajar af9

Advertisement

12 pelajar af9

12 pelajar af9

12 pelajar af9

12 pelajar af9

12 pelajar af9

Advertisement

12 pelajar af9

12 pelajar af9

12 pelajar af9

12 pelajar af9

Advertisement
March 16th, 2011

Belum pun bermula Akademi Fantasia 9, sudah ada isu panas yang diketengahkan oleh peminat-peminat AF. Semalam Abang Nara terima lagi sepucuk email yang menyatakan kekesalan mereka terhadap admin Facebook Akademi Fantasia 9. Kata mereka, admin FB AF9 sangat tidak profesional. Berikut adalah email yang diterima.

[note]DEAR Abang Nara,

Ini adalah salah satu platform utk kami luahkan apa yg telah berlaku..mungkin pihak admin beautifulnara.com sudah dapat menghidu
atau sebaliknya…

Advertisement

Baru2 ini, pihak ASTRO Akademi fantasia 9 akhirnya telah memaparkan video 25calon yg telah terpilih dgn berdasarkan 50% undian juri dan 50% undian penonton .

Tapi, dukacitanya kami sebagai peminat setia rancangan realiti ini agak terkejut dgn keputusan yg dipaparkan..pelajar2 yg terpilih diantaranya adalah mendapat undian penonton yang paling terendah sekali, sbg contoh seperti NORA hanya 348undi dan MIZA 225undi . manakala calon yg telah mendapat undian yg kedua TERTINGGI langsung tidak mendapat tempat..membuat kami semua keliru, bagaimanakah sebenarnya pengiraan yg dibuat. bukankah kami sebagai penonton mmpunyai hak yg sama banyak dgn juri ??

Dan susulan itu, ada insan yg telah bertanya mengenai perkara ini kpd pihak admin af di ruangan wall facebook. sekali lagi kami telah dikejutkan dgn jawapan yg diberikan
oleh pihak mereka.

” ANDA YANG TIDAK UNDI, MENGAPA LEPAS KEPUTUSAN DIBUAT BARU NAK MENYALAK “

Mak aih, dimana tatasusila kalian. perkataan menyalak itu langsung sama sekali TIDAK patut, dah la kata mengapa tak undi, sdangkan undian yg paling rendah sekali telah berjaya top 25??? dan bermula dari saat itulah, ruangan FB akademi fantasia 9 menjadi sangat PANAZZ.
Ada seorang pembaca telah capture terlebih dahulu keputusan undian penonton sebelum dibuang oleh pihak mereka. TP admin telah menyoal ‘ketulenan’ gambar2 itu. Langsung tidak masuk akal . sedangkan ramai sekali wartawan2 dan blogger juga telah mmbuat ulasan sebelum ini, telah menyalin jumlah undian calon pada hari terakhir . Untuk apa ingin menipu ? Apabila seorang pembaca pinta pihak admin sndiri siarkan keputusan sebenar, mereka meletakkan seribu alasan yg langsung tidak munasabah.

Advertisement

Pembaca2 menjadi sangat geram dan tidak berpuas hati dengan jawapan2 sombong,biadap dan tuduhan melulu drpd pihak admin akademi fantasia 9 ini. menyebabkan banyak sekali persoalan peminat dibiarkan begitu shj, berbelit2 . sehinggalah akhirnya pihak admin telah mengeluarkan kenyataan meminta maaf dgn ayat2 kasar yg telah dkeluarkan.

Takut pihak atasan dapat tahu mungkin, sbb keadaan ketika itu mmg bertambah kecoh. dan mereka telah mmbuat kenyataan sekali lagi bahawa pemilihan pelajar top 25 sebenarnya telah dipilih berdasarkan kriteria seperti keyakinan, perangai dari awal2 lagi . what ??? jadi dimanakah hak kami yg 50% itu ???? bukankah hak kami sama banyak dengan juri iaitu 50% ???????? bukankah ini bermakna undian online hanyalah sekadar penipuan semata2 ????

apabila persoalan itu pula telah diutarakan, pihak admin telah terus DELETED DISSCUSION BOARD INI YG BERTAJUK ” ANDA LUPA BACA TTG TERMA DAN SYARAT”

http://www.facebook.com/topic.php?uid=180449741983494&topic=419

Dear beautifulnara.com…  Utk pengetahuan pihak tuan, kami tidaklah melatah apabila pilihan undian kami tidak mendapat tempat, tp kami SANGAT3x tidak berpuas hati dgn “penyelesaian” yg dilakukan oleh pihak mereka. mmglah undian ini free, tp kami banyak sacrifice habiskan masa utk membuat undian tersebut, iklanlan kpd kawan2 lain, sanggup ke hulu hilir, habiskan bil2 kami telefon kwn2 supaya pergi mendaftar di ruangan astro mengundi …

Advertisement

Tp ini yg kami dapat ? sampai hati sekali pihak Astro AF9 ini.. dan kami juga takkan kecoh seperti ini JIKA kami mndpat jawapan yg SANGAT TEPAT . mengapakah pihak af sangat susah utk menjawab persoalan kami ??

Dan kami berharap pihak beautifulnara.com bantu kami utk mendapatkan keadilan walaupon hanya 1% sekalipun at least ..

Terima kasih yg tak terhingga kpd pihak tuan, kerna sudi membaca luahan kami ini..kami juga telah sertakan bukti2 gambar {attachment} antara perbualan dan jumlah undi yg sempat kami capture sebelum pihak mereka telah delete discussion board itu..

sekian, terima kaseh. [/note]

Attachment boleh dilihat dengan membaca entri ini sepenuhnya. Harap pihak AF9 dapat memberikan jawapan atas persoalan ini. Agak tidak adil juga sebenarnya kalau perkara ini benar-benar berlaku.

astro af9

astro af9

astro af9

Advertisement

astro af9

astro af9

astro af9

astro af9

astro af9

astro af9

Advertisement