January 23rd, 2017

Khas buat peminat AJL 31  dan selebriti Malaysia, berikut kami sertakan 23 lagi foto resolusi tinggi gaya selebriti ketika di karpet merah AJL 31. Rasanya siapakah yang kelihatan kacak dan anggun malam semalam?

Kredit Foto : ROTIKAYA

January 23rd, 2017

Semalam, Anugerah Juara Lagu 31 (AJL 31) telah berlangsung dengan cukup meriah sekali bertempat di PWTC . Seperti yang diramal oleh orang ramai, Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah menjadi juara dan Dayang juga turut berjaya mendapat anugerah Vokal Terbaik.

Seperti biasa, para selebriti tidak melepaskan peluang untuk menggayakan fesyen terbaik masing-masing pada malam AJL 31.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar karpet merah AJL 31 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Instagram TV3 Malaysia / Hot FM / Tonton MY

January 23rd, 2017

Lagu bagi drama 7 Hari Mencintaiku, nyanyian Dayang Nurfaizah ciptaan  Iman Imran dan Natasyah iaitu Lelaki Teragung telah berjaya merangkul gelaran juara bagi Anugerah Juara Lagu 31 (AJL 31) yang berlangsung semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 50,000, trofi, baucer produk CJ Wow Shop bernilai RM10,000 dan telefon pintar Samsung Galaxy A.

Dayang juga tampil sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu yang sama dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM12,000.

Naib juara pula jatuh kepada pasangan duet Hafiz dan Misha Omar yang menyanyikan lagu Terimaku Seadanya hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ajai. Mereka membawa pulang wang tunai RM35,000 beserta trofi.

Projector Band pula mendapat tempat ketiga menerusi lagu popular mereka, Sudah Ku Tahu ciptaan sepenuhnya oleh Razif.  Selain trofi, mereka turut menerima wang tunai berjumlah RM20,000.

Persembahan Terbaik pula milik kumpulan Khalifah menerusi lagu Hang Pi Mana dan mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, telefon pintar Samsung Galaxy A berserta trofi.

Antara lagu lain yang turut bertanding ialah, Terakhir (Sufian Suhaimi), Selamanya Cinta (Shila Amzah & Alif Satar), Ku Rela Dibenci (Aiman Tino), Di Amaran Mama(Hazama) dan Obses (Akim & The Majistret), Setia (Elizabeth Tan feat Faizal Tahir), Kalah Dalam Menang (Syamsul Yusof feat Mawi), Hang Pi Mana (Khalifah) dan Anugerah Terindah (Black).

Kesemua persembahan pada malam itu diadili seramai 10 barisan juri profesional dan diketuai oleh komposer terkenal Azmeer.

Kredit Foto : Instagram TV3 Malaysia

Sumber Berita : mStar Online

January 22nd, 2017

Dua tahun berturut-turut menjadi penaja untuk Anugerah Juara Lagu, jutawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila beliau tidak dijemput untuk hadir ke Anugerah Juara Lagu 31 yang berlangsung malam ini.

Menurut Vida, pihak AJL  memberikan alasan bahawa tiket untuk program berkenaan sudah habis. Vida menganggap alasan itu tidak profesional.

Sebagai bekas penaja, saya sepatutnya diberikan ruang untuk turut hadir ke AJL31 walaupun bukan sebagai penaja utama. Kehadiran saya merupakan salah satu bentuk sokongan kepada industri hiburan tanah air. Lagipun sebelum ini saya sudah banyak membantu merancakan semula industri dengan menaja pelbagai program hiburan.

Pada kami tidak salah untuk menjemput Dato Seri Vida ke acara berkenaan memandangkan beliau juga pernah menjadi penaja. Tentu sekali kehadiran beliau dapat memeriahkan lagi suasana. Tak gitu?

Sumber Berita :Utusan Online