June 30th, 2010

facebook aizdean

Yeah ~~ Semalam kami dah berjaya contact kawan sekolah rendah kami Aizdean ini untuk buat satu interview khas buat pembaca BeautifulNara. Hujung minggu ini kami akan terjahkan Aizdean untuk anda semua. Kalau ada soalan, boleh tulis kat komen nanti kami akan tanyakan.

Buat mereka yang berminat untuk mengenali Aizdean dengan lebih lanjut, boleh add Aizdean di Facebooknya. Kalau nak ushar-ushar video dan lagu-lagu Aizdean, boleh pergi ke website rasmi Aizdean. Jangan risau sebab website dia dalam bahasa omputih, bukannya bahasa Jepun.

Kami tinggalkan anda dengan sebuah video nyanyian Aizdean. Mantap gak suara dia. Nanti kalau ada MP3 lagu Aizdean, akan kami kongsikan bersama. Enjoy ~~

June 29th, 2010

aizdean

Bangga sekejap diri ini bila terbaca suratkhabar hari ini pasal Aizdean atau nama sebenarnya Aizuddin. Bila tengok lama-lama, barulah sedar yang si Aizdean ini adalah kawan sekolah rendah Abang Nara masa kat Selayang dulu. Kagum sekejap dengan pencapaian Aizdean.

Buat anda yang tak tahu, Aizdean merupakan seorang pelajar Malaysia yang kini sedang mencipta nama sebagai seorang penyanyi di Jepun. Lagu femesnya yang bertajuk I Need You telah pun didownload ke handphone oleh lebih 30,000 rakyat Jepun. Satu angka yang cukup bagus untuk seorang artis asing di Jepun.

Lagi membanggakan ialah album sulungnya yang didatangkan dalam versi Jepun dan Inggeris turut diedarkan di Amerika Syarikat serta Eropah selain menerusi iTunes. Kiranya bukan setakat pasaran Jepun je lah. Worldwide gitu ~~

Buat masa ini Aizdean sedang bercuti di Malaysia. Kalau ada kelapangan, nanti Abang Nara cuba try tengok kot-kot boleh interview dia atau tak. Tahniah kami ucapkan kepada Aizdean dan semoga terus maju selepas ini.