December 8th, 2014

Sabtu lalu telah berlangsung majlis Anugerah Industri Muzik yang ke 21. Abang Nara tak sempat tengok sebab kedua-dua anak demam. Terpaksa berkejar ke hospital. Namun daripada apa yang dibaca, AIM21 memang meriah. Persembahan yang paling memukau khabarnya datang daripada Akim & The Magistrate dengan lagu ‘Mewangi’. Ramai yang mengkagumi vokal mantap Akim.

gambar red carpet aim21Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada semua pemenang. Semoga kemenangan yang diperolehi menjadi pembakar semangat untuk mereka terus berkarya. Jom kita layan gambar selebriti-selebriti tempat di karpet merah AIM21 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Ryaniez Moments.

gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21
gambar red carpet aim21

March 6th, 2013

Oho ~~ Seram gila Abang Nara membaca laporan yang dikeluarkan di Sinar Harian ini. Seorang penyanyi wanita yang berusia 39 tahun telah membelasah suaminya sehingga mati kerana tidak mahu mangsa mendesak untuk bertemu dengan anaknya walaupun telah dilarang.

mangsa

Penyanyi wanita tersebut bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian. Mangsa kemudiannya ditemui oleh pihak polis di dalam sebuah bilik di dalam keadaan terikat.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan. Difahamkan, pasangan berusia 39 tahun itu tidak tinggal bersama sejak setahun lalu dan dalam proses penceraian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ryaniezP.S: Peluang keemasan sekali seumur hidup untuk hari bersejarah anda. Dapatkan promosi gila-gila daripada Ryaniez Moments Photography. Mereka merupakan jurugambar rasmi majlis perkahwinan Fasha Sandha. Tempah sekarang di Facebook Ryaniez Moments.

November 25th, 2011

Nah surat penjelasan  daripada Ernst & Young tentang penarikan kemenangan Yuna dalam AIM baru-baru ini. Semoga penerangan ini akan dapat mengelakkan sebarang teori kononnya wujud konspirasi untuk memenangkan pihak-pihak tertentu.

surat penjelasan ernst and young

Sementara itu Yuna di dalam Twitternya menyatakan yang dia OK dengan keputusan ini dan berharap agar orang lain pun turut OK. Kalau tuan punya kena tarik trofi pun dah kata dia OK, kita pun OK jugaklah kan?

yuna

Sekali lagi Abang Nara berharap agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.

November 25th, 2011

Macam-macam. Itu sahaja yang mampu Abang Nara katakan. Rupa-rupanya kesilapan pengumuman lagu terbaik untuk AIM berpunca daripada pengiraan salah yang dilakukan oleh juruaudit luar rasmi AIM, Ernst & Young. Agak pelik jugak kerana kesilapan ini hanya dikesan selepas 2 minggu. Misteri naga sungguh.

anuar zain

Namun begitu Abang Nara cukup kagum dengan Anuar Zain dan Yuna yang bersikap profesional untuk hadir ke sidang media AIM semalam. Bukan senang untuk memenangi sesuatu dan kemudian ditarik balik atas kesilapan sebegini. Yang penting, kredibiliti AIM selaku penganjur anugerah muzik yang paling berprestij telah pun tercalar. Anuar Zain telah berkata:-

Ini merupakan satu kesilapan yang menjadi sejarah dalam industri hiburan tanah air, secara jujurnya ketika menerima berita ini, saya agak terkejut. Saya tidak mahu orang luar menganggap kami telah mempertikaikan kemenangan Yuna untuk kategori tersebut, sedangkan saya sendiri menerima keputusan lagu ‘Penakut’ sebagai Lagu Terbaik pada malam itu dengan hati yang terbuka. Jika diikutkan saya, berat untuk terima anugerah ini dan tidak mahu datang untuk berdepan dengan Yuna menerima trofi kemenangan tersebut. Kadang kala saya rasa anugerah tersebut tidak perlu untuk dipulangkan dan perkara ini lebih baik dibiarkan diam sahaja. Saya hormat Yuna lebih kerana dia sanggup datang untuk majlis pemulangan anugerah ini dengan hati yang terbuka dan positif. Saya juga berharap tidak berlaku lagi kejadian sebegini yang boleh mengakibatkan kredibiliti AIM dan RIM dipertikaikan

Semoga perkara sebegini akan menjadi pengajaran dan peringatan kepada mana-mana pihak penganjur supaya ianya tidak berulang lagi. Pendapat Abang Nara, mungkin sudah tiba masanya untuk pemuzik-pemuzik Malaysia bergabung dan membuat satu anugerah ciptaan sendiri yang tidak bergantung kepada mana-mana organisasi.