March 3rd, 2014

Pada 14 Mac ini, akan berlangsung majlis perkahwinan ketua pasukan bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dengan pilihan hatinya, Zarema Zainal atau nama penuhnya, Zarema Dato’ Haji Zakaria,  di kediaman Zarema di Pelabuhan Kelang, Selangor.

Bersempena dengan majlis perkahwinan mereka, satu video teaser telah dihasilkan oleh Moment This Production. Video itu berjudul “Bola dan Dia”.

Untuk makluman anda juga, Aidil telah berjumpa dengan dua orang anak lelaki dari perkahwinan terdahulu beberapa hari lepas.

Gambar pertemuan Aidil dan anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Rafqa Arjuna,3, telah dimuat naik oleh Aidil ke laman Instagramnya dengan kapsyen:-

My kids, my everything. Daddy loves both of you sons!

Video teaser perkahwinan mereka boleh disaksikan di bawah. Bersama kita doakan agar majlis mereka berjalan lancar dan dipermudahkan.