August 11th, 2015

Rita Rudaini nampaknya sudah merasa bosan apabila perbicaraan di mahkamah ditundakan lagi setelah bekas suaminya, Aidil Zafuan sekali lagi gagal menghadirkan diri ke mahkamah. rita

Luahan tersebut telah dimuat naik di akaun Instagram miliknya bersama sekeping foto beliau duduk di kerusi defendan dimana beliau sudah bosan asyik turun naik mahkamah.

ritaMuat naik terbaru Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat, ada yang meminta beliau bersabar dan ada juga mempersoalkan mengapa Aidil tidak mahu menyelesaikan kes mereka dengan cepat.

Mungkin Aidil Zafuan ada sebab mengapa beliau tidak dapat hadir siapa tahu bukan? Apa-apa pun, cakap peminat tu ada betulnya, lebih baik untuk selesaikan kes tersebut agar tidak ada lagi sebarang masalah pada masa hadapan dan masing-masing boleh tidur lena selepas ini.

May 16th, 2015

Mengharungi kehidupan sebagai seorang ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah, melihat pada keadaan Rita Rudaini yang ditinggalkan oleh suami bersama dua orang anak yang masih kecil tanpa alasan kukuh memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat untuk menghadapi segala ujian.

Buat Rita, tindakan Aidil Zafuan itu merupakan satu penganiyaan besar terhadap dirinya dan anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang bapa.

Saya belum memaafkan dia! Apa yang dia lakukan terhadap saya dan anak-anak satu penganiayaan yang sangat besar. Anak-anak saya tidak bersalah dan masih kecil namun kenapa sanggup lupuskan kasih sayang seorang ayah di kala mereka sedang memerlukan, dan dimanakah pula silap saya sebagai seorang isteri selama bersama lebih empat tahun.

Mungkin serik dengan sejarah lalu bersama Aidil, Rita kini lebih selesa tanpa kehadiran lelaki istimewa didalam hidupnya dan hanya ingin bersama dua orang satria dalam hidupnya iaitu Rayyan dan Arjuna. Namun, jika ketentuan takdir menyatakan sebaliknya beliau tidak akan menolak.

Saya tidak perlu menumpang kasih kerana sudah terlalu banyak kasih sayang yang sedang membunga antara saya, Rayyan dan Arjuna namun, kalau sudah jodoh saya terima ketentuan Ilahi.

Cumanya, andai ditanya tentang perkongsian hati dengan lelaki, rasanya saya rela bersendirian sampai tua. Bukan kerana dua kali gagal dalam berumah tangga tetapi saya letih dengan lelaki dan kepercayaan saya terhadap lelaki sudah hilang.

Kata orang setiap yang berlaku ada hikmahnya, memang sukar untuk hati yang telah terluka memaafkan mereka yang menyakiti kita. Parut luka yang dalam tidak boleh sembuh dalam sekelip mata.

Sumber Berita: Pepatung

 

 

May 12th, 2015

Meskipun Aidil Zafuan telah memberitahu beliau tidak mampu untuk membayar tuntutan mutaah RM 300,000, bekas isterinya Rita Rudaini tetap mahu Aidil untuk melaksanakan tuntutan tersebut kerana pemain bola sepak itu lebih daripada mampu untuk berbuat demikian.

Luahan hati Rita itu dikeluarkan selepas Aidil membuat kenyataan bahawa beliau mempunyai banyak lagi tanggungjawab lain selepas berkahwin dengan Zarema Zainal dimana mereka kini mempunyai seorang anak lelaki dan tidak dapat memenuhi permintaan Rita.

Betul ke dia tak mampu? Bukankah kehidupan dia cukup mewah. Ada kereta mewah banyak dan kerap pergi bercuti. Gaya mewah hidupnya itu sering ditunjukkan di laman Instagram.

Mutaah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak. Mungkin dia tak tahu kot gamaknya kerana bayaran edah yang wajib kepada saya pun belum dibayar lagi.

Buat Rita alasan yang diberikan oleh Aidil amat berat sebelah dan beliau akan berjuang untuk menegakkan maruah kaum wanita yang teraniaya.

Baru sekarang dia bagi alasan ceraikan saya sebab tak jalankan tanggung jawab sebagai isteri. Barangkali dia lupa Tuhan ada dan Maha melihat. Kalau macam itulah alasan dia, nasihat saya kepada mereka yang bergelar isteri dan bekerja sepenuh masa dan ada pendapatan sendiri kena bersiap sedia kalau diceraikan dan diberikan alasan tak bertanggung jawab sebegitu.

Selagi saya tak dapat apa yang saya nak, saya akan perjuangkan semua ini. Tak kiralah orang nak keji saya itu dan ini. Saya ada alasan konkrit.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan tanggal 25 Mei ini untuk sambungan perbicaraan tuntutan mengikut seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sumbe Berita: Berita Harian