Written by AbangNara | June 16th, 2014

Muka kacak, badan tough, ramai peminat dan ada pakej. Memang wajar dan logik kalau pemain bola sepak Aidil Zafuan terjun ke bidang lakonan. Abang Nara yakin pasti filem/drama/iklan lakonan Aidil akan mendapat sambutan hangat. Jadi apabila beberapa gambar dirinya sedang berlakon dikongsikan baru-baru ini, ramai yang tertanya-tanya sama ada Aidil berlakon kerana mahu mencari duit lebih untuk membayar nafkah anak-anaknya. Hmmmm.

aidil zafuan

Kalau anda tak tahu, baru-baru ini bekas isteri Aidil, Rita Rudaini telah membuat permohonan nafkah tertunggak sebanyak RM100,000. Memang satu angka yang banyak. Malah Aidil juga sebelum ini mengakui hanya mampu memberikan nafkah sebanyak RM2,000 berbanding RM5,000 yang diminta oleh Rita. Namun Aidil tampil menafikan yang dia menceburi bidang lakonan kerana mahu membayar nafkah anak-anaknya. Kata Aidil:-

Tuduhan saya mahu tambah pendapatan kerana perlu membayar nafkah sangat mengarut. Saya terkejut apabila ada pihak yang sengaja mahu memanaskan isu. Sedangkan apa yang saya lakukan sekarang ini (berlakon) sekadar suka-suka. Tak ada kena mengena dengan nafkah. Gaji saya sebagai pemain bola sepak sahaja dah cukup untuk beri nafkah anak.

aidil rita

Semoga penceburan Aidil Zafuan dalam bidang lakonan ini akan bertambah serius apabila bersara daripada dunia bola sepak. Nampak gaya macam boleh pergi jauh. Buat masa ini, secara “part time” pun ok dah. Asah bakat terlebih dahulu. Nanti bila betul-betul nak fokus, bolehlah pergi kelas lakonan dan sebagainya. Tak gitu? Apa pendapat anda?
ptsP.S: Sempena Ramadhan yang bakal menjelang tiba, PTS dengan kerjasama Aman Palestin kini sedang menjayakan kempen Love Hope: Let’s Make It Happen. Dengan setiap pembelian buku yang mempunyai logo Love Hope, RM1 akan disalurkan kepada negara-negara Islam seperti Palestin, Syria, Mesir dan banyak lagi. Sambil beli buku, sambil beramal. Maklumat lanjut layari www.pts.com.my/lovehope.