Written by Bella | April 18th, 2017

Dalam hubungan rumah tangga, bukan mudah sebenarnya untuk seseorang memadam rasa sayang dan cinta di dalam hati apatah lagi jika hubungan itu sudah terjalin bertahun lamanya.

Itulah juga yang dirasai oleh pelakon Adi Putra apabila beliau telah membuat satu video khas bersempena dengan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 11. Umum mengetahui sebelum ini Adi memberitahu beliau sudah tiada kaitan dengan Aida dan dalam proses untuk bercerai.

Peminat yang menonton video khas Adi itu tidak mampu untuk menahan rasa sebak dan mendoakan agar beliau dan Aida dapat bersatu kembali.  Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih dan Adi buka lah buku baru bersama Aida.

Berikut antara komen netizen : –

Kami juga mendoakan semoga pasangan ini kembali bersama. Siapa tahu, berkat doa orang ramai, mungkin jodoh Adi dan Aida masih ada.

Written by Bella | July 28th, 2016

Status perkahwinan kedua Adi Putra akhirnya telah terjawab apabila pelakon berkenaan mengadakan satu sidang media khas baru-baru ini.

Didalam sidang media berkenaan, Adi mengaku telah berkahwin kali kedua pada 20 Jun lepas dengan seorang janda anak satu. Adi pada masa yang sama menafikan beliau berkahwin kerana ingin mendapatkan zuriat.

Tambah Adi lagi, isteri pertamanya Aida Yusof juga mengetahui tentang perkahwinan kedua beliau dan tiada masalah yang wujud antara kedua-dua isterinya. Dalam erti kata lain, Adi ingin memberitahu bahawa beliau mendapat kebenaran daripada Aida untuk berkahwin sekali lagi.

Walaubagaimanapun, jawapan Adi itu tidak dapat menyakinkan sesetengah pihak dan mereka mahu Aida sendiri menjelaskan perkara sebenar.

Namun, Aida tetap tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai perkara berkenaan dan enggan membuka aib suaminya.

Sebagai suami, Adi sudah jelaskan dalam sidang media. Dia mengaku sudah berkahwin lagi. Jadi, saya anggap itu benar dan segala desas-desus sudah terjawab. Selain itu, saya juga mempunyai prinsip sendiri iaitu tidak akan sesekali mengaibkan suami saya walau dalam apa juga keadaan.

Saya hormati tugas wartawan untuk mendapatkan berita. Tetapi, saya seboleh mungkin mahu elakkan untuk menjadikan sesiapa mangsa keadaan, buat waktu ini. Bagaimanapun kalau ada sesiapa mahu meramalkan apa-apa tentang kami, apa yang boleh saya katakan, tunggu sahajalah.

Sungguh bertuah Adi mempunyai seorang isteri yang kekal tabah dan masih tidak mahu membuka aib suaminya. Hmmph, tidak mengapa biarlah Aida tenang dahulu dan jangan terlaku menghimpit beliau dengan pelbagai soalan. Hanya mereka yang tahu apa yang terbaik buat masa depan rumah tangga mereka.

Sumber Berita :  Utusan Online