May 21st, 2009

akim af7

Kejang sebentar perut kami melihat gambar Akim AF 7 sebelum transformasi. Hehehe. Macam mat Indon yang kerja kat construstion. Nasib baik jadi hensem skit duduk dalam akademi.

P.S: Jangan marah ek fan club Akim. Saja gurau-gurau jer.

May 17th, 2009

hafizaf7

Walaupun tak follow sangat Akademi Fantasia 7, kami sempat ambil tahu tentang keputusan konsert akhir AF7. Hafiz adalah juara AF7, dengan Aril jadi naib johan. Tempat ketiga adalah Akim, tempat ke 4 dan ke 5 masing-masing pergi kepada Yazid dan Isma.

Tahniah buat Hafiz AF7. Dapat keta Honda Accord tue.

P.S: Hafiz cakap “ini semua untuk anda” masa ucapan. Kalau gitu kena la kongsi-kongsi hadiah untuk pengundi dia. Hehehe. Apa lagi gi la kedai potong kereta.

P.P.S: Sungguh kurang ajar Aril mengusap-ngusap perut Hafiz. Mementanglah Hafiz tue badan gemuk sikit. Pastue suka sangat si Aril tue interframe muka masa Hafiz diumumkan jadi juara.

March 19th, 2009

Tergelak sakan sekejap kami tengok gambar kontroversi murahan dari pelajar Akademi Fantasia 7(AF7) nie. Bukan apa tengok si botak Qhaud tue memang tengah feeling gila kena cium dengan si jambu Aril.

Inilah gambar panas yang menimbulkan gosip adanya pelajar AF7 gay. Tapi sebenarnya semasa gambar ini diambil, jurukamera suruh diorang buat aksi bertemakan “Keakraban Seorang Sahabat”. Hasilnya terjadilah gambar di atas.

Tapi kalau tenung lama-lama gambar ini, dengan pejaman mata yang penuh khusyuk, si Aril Akademi Fantasia 7 (tukang cium) nampak macam biasa buat jer gaya berciuman nie.

March 16th, 2009


~Video telah dipadam~

Kami sebenarnya dah malas nak buat coverage pasal Akademi Fantasia 7. Bagi kami, program hiburan realiti AF7 ini dah basi, tak ada kick dan hambar. Tambah pulak si AC Mizal jadi pengacara, lagi hilang mood nak tengok.

Tapi bila si Aishah di konsert pertama AF7 menyanyikan lagu Yunalis – Dan Sebenarnya yang merupakan artis wanita bertudung feveret kami, nak taknak terpaksalah tulis artikel ini.

Sila tengok video konsert minggu pertama AF7 Aishah di atas dan buat perbandingan dengan video penyanyi asal lagu Dan Sebenarnya. Yang mana lebih mantap pada pandangan anda?

P.S : Dengar katanya, si Aishah ini dulu bertudung tapi sebab nak masuk AF7 tudung dah dicampak entah ke mana. Betul ke?