Written by Bella | September 18th, 2018

Tersebarnya foto lucah yang didakwa milik Aeril Zafrel sedikit pun tidak memberikan sebarang kesan mahupun menimbulkan rasa kurang senang dalam hati isterinya, Wawa Zainal. Malah, Wawa hanya ketawa sahaja apabila ditunjukan gambar berkenaan.

Kata Aeril, beliau sudah tahu mengenai kewujudan foto itu sejak setahun lalu dan sekali lagi menegaskan ia bukan miliknya.

Gambar berkenaan sudah saya tahu kewujudannya sejak kira-kira setahun lepas daripada seorang rakan.

Saya ingin beri penegasan bahawa gambar bogel itu bukan saya. Wawa okey dan ketawa apabila melihat gambar itu. Dia lebih tahu fizikal saya bagaimana. Lagipun, lelaki dalam gambar itu tidak sunat dan terang-terang bukan saya.

Menurut Aeril, segelintir pihak sekarang sanggup menabur fitnah tanpa memikirkan dosa hanya untuk mengaibkan seseorang dan mencalarkan maruah mereka.

Aeril bagaimanapun memberitahu beliau tidak mahu mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang menyebarkan foto kontroversi itu.

Sumber Berita : Kosmo & Utusan Online

Written by Bella | September 17th, 2018

Tersebarnya foto lucah seorang lelaki dikatakan mirip Aeril Zafrel sejak semalam mencetuskan pelbagai spekulasi.

Aeril menerusi akaun Instagram tampil menafikan lelaki didalam foto tersebut adalah dirinya. Katanya, perbuatan memalukan dan terkutuk itu hanya fitnah yang direka untuk mengaibkan dirinya. Aeril berharap mereka yang sengaja ingin mejatuhkan maruahnya itu akan mendapat balasan yang setimpal.

Terdahulu, foto ‘selfie’ seorang lelaki tanpa seurat benang dengan ‘posing’ menggiurkan di atas katil mula menjadi topik hangat di media sosial. Ramai yang terkejut melihat foto berkenaan ¬†yang didakwa mirip sekali dengan Aeril. Ada juga yang terkilan bagaimana Aeril boleh terlibat dalam perkara sebegini sedangkan beliau dikenali dengan imej islamik.