July 8th, 2013

Kalau sebelum ini kita telah melihat gambar-gambar majlis pernikahan pelakon Hani Nur Zara Harmi, anak kepada produser Julie Dahlan dengan adik kepada penyanyi Hattan iaitu Shamsul Akmar Shahbudin, apa kata kita lihat set gambar dari jurugambar rasmi RED Photography untuk majlis resepsi perkahwinan mereka di Seni Menanti, Negeri Sembilan, 6 Julai lepas.


Antara selebriti yang telah hadir untuk memeriahkan majlis ialah Datuk Yusof Haslam. Hattan juga telah membuat persembahan lagu di majlis tersebut untuk menambahkan seri majlis. Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada REDPhotography.









July 1st, 2013

Pada 29 Jun lepas, telah berlangsung majlis pernikahan anak perempuan produser Julie Dahlan yang juga seorang pelakon, Hani Nur Zara Harmi, 31, yang telah berkahwin dengan adik kepada penyanyi Hattan iaitu Shamsul Akmar Sahabudin, 33.



Majlis resepsi pasangan ini dikhabarkan akan dilaksanakan di Negeri Sembilan pada 6 Julai.Turut hadir bersama di majlis pernikahan tersebut ialah Hattan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang selebriti dan diacarakan oleh diva tersohor Azwan Ali. Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar REDPhotography.