July 22nd, 2016

Setelah lama berdiam diri mengenai gosip beliau sudah berkahwin satu lagi, Adi Putra akhirnya tlah tampil memberitahu apa yang beliau lakukan bukanlah satu dosa.

Untuk menjawab segala spekulasi, Adi bakal mengadakan satu sidang media tidak lama lagi.

Kepada semua sahabat rakan media, saya akan maklumkan untuk sidang media untuk perkongsian dan bukan penjelasan sebab apa yang berlaku bukan satu dosa. Terima kasih

Sebelum ini, keluarga terdekat isteri kedua mengesahkan Adi sememangnya sudah berkahwin dengan wanita berkenaan yang seorang janda anak satu pada 19 Jun lepas di kediaman wanita itu. Menurut sumber itu lagi, perkahwinan Adi mendapat restu kedua-dua belah keluarga.

Walaubagaimanapun, Adi meminta agar pihak berkenaan tidak mencampuri sebarang urusan rumah tangganya dan beliau akan mengambil tindakan sekiranya masih ada lagi yang menjaja sebarang cerita mengenai perkahwinannya.

Kita nantikan penjelasan lanjut Adi Putra mengenai rumah tangganya pada sidang media khas yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Setiap gosip ataupun cerita yang tersebar mungkin ada kebenaran disebaliknya..

Sumber Berita : mStar Online

July 19th, 2016

Berita pernikahan kali kedua Adi Putra cukup hangat diperkatakan sekarang dan ia masih lagi menjadi teka-teki.  Adi dan isterinya Aida Yusof masing-masing kunci mulut mengenai gosip berkenaan.

Namun,  muat naik terbaru Adi dan Aida di akaun Instagram milik mereka mencetuskan pelbagai persoalan.

Mereka telah memuat naik foto yang sama pada jam 3.45 petang semalam tanpa sebarang kapsyen dan hanya meletakkan emoticon berbentuk senyuman.

Menurut portal Utusan Online, pasangan berkenaan sedang bercuti di luar negara sehingga hujung minggu ini. Ia merupakan usaha Adi untuk memujuk hati Aida yang baru sahaja dimadukan.

Pengikut mereka di Instagram mendoakan agar rumah tangga yang dibina akan berkekalan dan ada juga memuji Aida seorang wanita yang kuat dan mampu lagi mengukir senyuman diwajahnya meskipun Adi menduakan beliau.

Hmmmph,  kami pun tidak dapat komen lebih mengenai isu Adi Putra berkahwin buat kali kedua . Apa-apa pun kami harap akan ada penjelasan lanjut daripada beliau dan tidak lagi bermain teka-teki dengan peminat.

Sumber Berita : Utusan Online

July 17th, 2016

Beberapa hari ini memang hangat dengan berita pelakon Adi Putra sudah berkahwin buat kali kedua. Malah, foto perkahwinan beliau bersama seorang wanita janda anak satu itu sudah tersebar luas di Internet.

Lebih panas lagi, bekas suami wanita berkenaan turut mendedahkan perkara sebenar menerusi satu luahan di akaun Facebook miliknya.

Namun, Adi dan juga isteriya Aida Yusof sehingga kini masih berdiam diri dan tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai isu ini.

Adi juga khabarnya membatalkan majlis Aidilfitri bersama peminatnya yang dijadualkan berlangsung pada hari ini di Casa Ombak, Ampang dek kerana kontroversi yang sedang melanda dirinya kini.

Masih lagi ingin mendapatkan cerita yang sebenar, pihak media berusaha untuk menghubungi wanita yang didakwa sebagai isteri kedua Adi.

Walaubagaimanapun,  usaha mereka untuk merungkai segala persoalan gagal kerana wanita itu juga enggan memberikan sebarang komen buat masa ini.

Saya memohon maaf. Saya tidak boleh komen apa-apa mengenai perkara ini.

Pada kami Adi Putra tidak perlu lari daripada isu ini kerana tiada sebarang perkara yang akan selesai. Kalau benar sudah bernikah, apa salah untuk berterus-terang.

Sumber Berita : Harian Metro

July 16th, 2016

Pagi tadi kami ada menyiarkan berita yang agak mengejutkan dimana ada khabar angin mengatakan pelakon Adi Putra sudah berkahwin buat kali kedua dengan seorang janda anak satu berusia 33 tahun yang juga merupakan rakan kongsi perniagaan beliau sejak setahun lalu.

Dihimpit dengan pelbagai persoalan,isteri Adi Putra iaitu Aida Yusof juga enggan memberikan komen lanjut mengenai isu ini.

Terbaru, individu yang didakwa sebagai bekas suami kepada isteri kedua Adi itu dikatakan telah meluahkan perasaan di laman Facebook miliknya.

Menerusi luahannya itu, bekas isterinya itu telah nekad meninggalkan beliau untuk bersama Adi Putra yang dipercayai dapat membimbing beliau ke jalan yang lebih baik.

Berikut luahan individu berkenaan :-

Malah, individu yang sama juga turut memua naik sebuah foto dengan nukilan luahan hati di bahagian “visitor posts” di fanpage Adi Putra.

Sehingga kini Adi Putra masih tidak dapat dihubungi oleh pihak media yang ingin mengetahui sejauh mana kebenaran gosip hangat ini.

Kami harap Adi Putra dengan segera tampil dengan penjelasan bagi menjawab segala persoalan serta khabar angin mengenai perkahwinan keduanya ini.

Sumber Berita : Astro Gempak