July 6th, 2015

Peka dengan  kritikan dan ingin menjaga sensitiviti penonton yang kurang senang dengan adegan mesra beliau bersama Shukri Yahaya didalam drama Dia Isteri Luar Biasa, Fathia Latiff akur apabila diarahkan untuk melakonkan semula beberapa babak dalam tersebut meskipun pada waktu itu beliau sudah terikat dengan komitment lain.

Buat kali pertama saya berhadapan dengan situasi begini sehingga diarahkan untuk ‘reshoot’ semula beberapa adegan di dalam drama. Selain mempunyai komitmen untuk drama bersiri lain, saya terpaksa mencuri masa untuk berkejar ke lokasi DILB ini. Namun saya memahami situasi ini sepenuhnya dan menghormati sensitiviti penonton.

Bagi saya, penonton mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri. Namun saya memandang positif perkara ini kerana ada betulnya juga kata-kata mereka itu.

Tambah Fathia, banyak pihak yang memberikan sokongan padu bagi menjayakan penggambaran semula beberapa adegan DILB.

Ramai yang tidak tahu kerumitan di sebalik tabir ‘reshoot’ DILB ini. Ia menjadikan drama ini benar-benar luar biasa. Alhamdulillah penulis novel turut turun padang bagi membantu untuk menambah semula beberapa adegan yang dirasakan perlu diperbaiki.

Kami boleh puji sikap pelakon DILB yang tidak mudah melatah apabila drama berkenaan dikritik apa-apapun setiap kritikan daripada penonton itu sebenarnya ada betulnya. Kekuatan sesebuah drama itu juga bergantung pada jumlah penonton bukan?

Sumber Berita: Berita Harian

 

June 29th, 2015

Dari awal tayangannya sehingga bakal melabuhkan tirai minggu ini, Drama Isteri Luar Biasa masih lagi menerima pelbagai kritikan negatif. Jika sebelum ini ada yang menganggap drama ini tidak bermoral,  kali ini wujud pula surat terbuka mengenai drama tersebut yang kini menjadi viral di Facebook.

Kandungan  didalam surat tersebut seakan menyifatkan Dia Isteri Luar Biasa sebagai drama penuh maksiat kerana terdapatnya adegan peluk yang keterlaluan dikalangan hero dan heroinya iaitu Fathia Latiff dan Shukri Yahaya.

Berikut adalah luahan penuh didalam surat terbuka tersebut:

Apa pula pendapat anda? Adakah  adegan romantis didalam drama Dia Isteri Luar Biasa ini agak keterlaluan?

Sumber Berita: Facebook Hazal Din