April 28th, 2014

Akhirnya mahligai perkahwinan yang dibina oleh Adam AF dan Fiza Elite berakhir jua dengan penceraian. Menurut akaun Twitter Harian Metro, kedua-dua selebriti tempatan ini sah bercerai talak satu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam sekitar jam 1 tengah hari. Untuk makluman, mereka berdua mendirikan rumah tangga pada bulan September 2013.

adam af fiza elite sah cerai

Menerusi Harian Metro semalam, keretakan rumahtangga mereka dikatakan berpunca daripada sikap Adam yang terlalu obses dengan penghijrahannya. Dikatakan Fiza berjauh hati apabila bapanya sakit, Adam tidak membantu sebaliknya sibuk dengan urusan sendiri. Malah beberapa perkara seperti mendengar radio bukan kerohanian dan berpegang tangan di tempat awam juga dikatakan dihalang oleh Adam.

adam fiza sah cerai

Takziah diucapkan kepada Fiza dan Adam atas penceraian ini. Untuk makluman, ini adalah kali kedua rumahtangga Fiza berakhir dengan penceraian. Semoga ada pengajaran dan iktibar daripada episod duka ini buat mereka berdua. Sama-samalah kita doakan yang terbaik.

P.S: Taman tergantung Al-Ain di UAE