Written by Bella | May 11th, 2016

Masih baharu lagi didalam industri hiburan tempatan,nama Mira Filzah bagaimanapun sudah menarik perhatian ramai dan kini popularitinya sudah meningkat . Memikul tanggungjawab sebagai pengacara untuk anugerah berprestij iaitu ABPBH 29 pada hari Ahad lepas, ramai yang mempertikaikan gaya pengacaraan beliau.

Sedar diri beliau dikritik, Mira nampaknya tidak cepat melatah dan membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Instagram miliknya.

Jelas Mira, ketika menerima tawaran untuk menjadi pengacara beliau sudah tahu isu ini akan timbul dan sedia menghadapi risikonya. Buat Mira, beliau suka mencuba sesuatu yang baharu untuk menimba pengalaman.

Diberi peluang utk mengacara sebuah anugerah berprestij adalah satu tugas yg sgt besar. Malah, risiko juga besar. Ada yg pertikai, kenapa berani sgt utk mengacara anugerah besar sedangkan ini adalah kali pertama. Tak takut ke dgn kritikan dan sebagainya? Hm Apa lah erti usaha kalau kita tak mencuba. Tak cuba, kita sendiri tak tahu. Mira suka mencuba, dan mira sukakan cabaran.

Betul, ini adalah kali pertama mengacara secara live. Tak dinafikan minat mengacara sudah lama, tp mungkin Allah beri rezeki pada bidang lakonan dahulu. Terima kasih @beritaharian dan @tv3malaysia atas peluang ini. Dlm bidang lakonan mahupun pengacaraan, mira tak ada asas semua ni. Belajar semasa di set, belajar melalui pengalaman. Alhamdulillah mira diberi peluang yg sgt besar dan bekerja dgn org org lama. Banyak sgt yg mira belajar dan ternyata, seronok sgt pengalaman ni ? Baru 4 kali bersua utk script reading dan rehearsal tp ikatan tu rasa kuat sgt. Thank you abg @ag_azmeer, kakak @haizahanafi dan @zizanrazak869. Thank you sbb bg tunjuk ajar sbb prihatin sbb banyak bg semangat.

Minta maaf kalau ada terkurang tersalah.

Biasalah tu, kalau pertama kali melakukan sesuatu pasti kita juga akan merasa sedikit kekok dan ada melakukan kesilapan, tetapi itulah yang menjadi pengajaran buat kita. Berilah Mira Filzah peluang, siapa tahu selepas ini beliau boleh menjadi pengacara yang lebih baik? Lagipun bukan mudah untuk beraksi secara langsung.

Sumber Berita : Instagram Mira Filzah

Written by Bella | May 9th, 2016

Disebalik kemeriahan ABPBH 29 semalam, ada juga artis yang dihimpit dengan kontroversi. Gara-gara memakai gaun ketat sehingga menampakkan bentuk badan dan buah dadanya, Nana Mahazan ataupun Nana AF 1 dikritik oleh netizen yang merasakan gaun tersebut agak keterlaluan seksinya.

Sebenarnya gaun rekaan Nizam Zamil direka khas buat Nana untuk majlis pembukaan ABPBH 29.  Ada yang mempersoalkan apakah motif Nana untuk mengenakan busana tersebut sedangkan beliau boleh memilih rekaan lain.

Berikut antara komen netizen :-

Pada pendapat kami, gaun Nana itu agak cantik dari segi pemilihan warna tetapi ia mungkin agak tidak sesuai dengan gaya seorang wanita Melayu dan untuk anugerah yang ditonton oleh semua peringkat umur meskipun acara pembukaannya sahaja. Berdasarkan pemerhatian kami, Nana sudah memadam semua komen yang mengkritik beliau di Instagram..Hmmmphh…sebab itu kena berhati-hati dan jangan hanya ikut fesyen semata-mata nanti mengundang fitnah dan kritikan panas.

Sumber Berita : MYNEWSHUB

Written by Bella | May 8th, 2016

Tepat jam 9.00 malam nanti, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 29 dengan #RESPEK akan bersiaran secara langsung di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Kepada anda yang tidak berpeluang untuk menonton ABPBH 29, kami di BeautifulNara.com  akan bawakan kepada anda keputusan terkini secara live update di sini khas buat anda semua.

Sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal memenangi setiap kategori dan paling utama Bintang Paling Popular. Ikuti juga live update di Facebook BeautifulNara.com

Sebelum itu jom layan dulu beberapa foto sekitar karpert merah ABPBH 29 yang diambil daripada Instagram ABPBH 29.

KEPUTUSAN TERKINI ABPBH 29

Anugerah Bintang Paling Popular Neelofa

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Fauziah Datuk Ahmad Daud @ Kak Ogy

Kategori Utama ABPBH 29

  1. Artis Baharu Lelaki Popular  – Sufi AF2015
  2. Artis Baharu Wanita Popular – Mira Filzah
  3. Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular – Kumpulan Wings
  4. Artis Komedi Popular – Abam Bocey
  5. Pelakon Filem Lelaki Popular – Sharnaaz Ahmad
  6. Pelakon Filem Wanita Popular – Fathia Latiff
  7. Pelakon TV Lelaki Popular- Sharnaaz Ahmad
  8. Pelakon TV Wanita Popular- Emma Maembong
  9. Pengacara TV Popular- Neelofa
  10. Penyampai Radio Popular- DJ Lin
  11. Penyanyi Lelaki Popular- Aizat Amdan
  12. Penyanyi Wanita Popular –  Adira AF
  13. Artis Versatil Popular  – Ifa Raziah
  14. Pemenang Artis Aksi Selfie Popular- Saharul Ridzwan
  15. Artis Ikon #Respek Popular- Datuk Aznil Haji Nawawi
  16. Artis Trending Popular- Ayda Jebat
  17. Artis Youtube Popular- Siti Nordiana
  18. Personaliti Media Sosial Popular- Lara Alana

 
Written by AbangNara | April 14th, 2016

abpbh 29

Setiap tahun, salah satu acara anugerah yang Abang Nara sentiasa nantikan ialah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Pada pendapat Abang Nara, ABPBH adalah satu acara anugerah yang berprestij di mana ia menjadi penanda aras populariti selebriti Malaysia kerana kemenangan adalah ditentukan 100% secara undian oleh peminat.

Abang Nara sebenarnya tertarik dengan konsep #RESPEK yang diketengahkan oleh ABPBH kali ini. Sebagai sebuah blog hiburan yang menyajikan informasi terkini artis-artis tempatan, kadangkala Abang Nara kagum juga dengan ketabahan mereka menghadapi pelbagai gosip, kerenah peminat, kesibukan bekerja dan macam-macam lagilah. Kalau artis yang dah kahwin dan mempunyai anak, lagilah Abang Nara tak boleh bayangkan macam mana mereka membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Itu belum kira rintangan, halangan, cubaan dan dugaan masa nak shooting, masalah atas pentas, payment tak dapat, gaduh dengan peminat di laman sosial, salah faham dengan family dan macam-macam lagilah.

abpbh 29

contoh macam Datuk Siti Nurhaliza, entah-entah jarang dapat spend masa bersama suami kerana kesibukan kerjaya nyanyiannya

Secara jujur, Abang Nara #RESPEK dengan ketabahan dan kecekalan para selebriti tanah air mengharungi semua itu. Dan secara jujur juga, Abang Nara mengajak anda semua untuk lebih #RESPEK selebriti-selebriti kita. Mungkin kita boleh cuba memahami mereka apabila ada yang terlebih emosi di laman sosial. Mungkin kita boleh beri komen yang positif dan membina dan tidak hanya mencaci serta memaki. Kita yang kerja biasa-biasa ini pun seringkali stress serta banyak masalah sehingga hilang kawalan diri, nikan pula mereka selebriti yang sentiasa perlu menjaga imej di mata para peminat. Jom kita cuba semaikan #RESPEK dan berterima kasih kepada para selebriti yang tak henti-henti menghiburkan kita. Tak gitu?

abpbh 29

Sharnaaz Ahmad antara selebriti yang sering dihimpit kontroversi

Senarai calon-calon Top 5 ABPBH 29 (boleh baca senarainya di sini) untuk 13 kategori telah pun diumumkan pada 23 Mac lalu. Sekarang ini adalah masa untuk para peminat mengundi calon-calon kegemaran mereka. Untuk makluman, undian untuk kesemua kategori termasuklah kategori online (boleh undi di www.abpbh.com.my) telah pun bermula pada 25 Mac lalu dan akan ditutup pada 22 April ini. Maksudnya kalau korang belum mengundi, masih ada masa kira-kira seminggu dua lagi untuk memastikan selebriti feveret korang menang. Kalau tak undi jangan buat kecoh pulak bila artis kesayangan anda tak menang. Hehehe.

abpbh 29

Tahun ini ABPBH yang ke 29 akan berlangsung pada 8 Mei tepat jam 9 malam dan akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajayamenerusi TV3 dan juga menerusi siaran radio KOOL FM. Excited pula Abang Nara menunggu tarikh keramat tersebut.

abpbh 29

Amboi panjang lebar pula Abang Nara berceloteh. Untuk makluman, sudah ada lebih 60 video oleh para artis tempatan bersempena dengan ABPBH 29 yang berkonsepkan #RESPEK ini. Semuanya boleh ditonton secara ekslusif di Instagram @abpbh. Meh ushar beberapa video yang menarik pada pandangan Abang Nara.

A video posted by @abpbh29 on

A video posted by @abpbh29 on

A video posted by @abpbh29 on

Apa-apa pun, Abang Nara tak sabar menanti 8 Mei ini. Dengan penaja-penaja seperti DEMAK (pengeluar motosikal tempatan), Ice Watch penaja bersama), ASUS (rakan teknologi), Volkswagen (penaja auto) dan Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya selaku penaja lokasi, Abang Nara berani jamin ABPBH 29 kali ini confirm lebih happening, havoc dan meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya, Jadi pastikan jangan buat apa-apa plan 8 Mei ini. Sama-sama kita tonton ABPBH 29 sambil menggunakan hashtag #RESPEK untuk kasi trending worldwide. Maklumat lanjut layari www.abpbh.com.my.