Written by AbangNara | October 11th, 2013

Tertanya-tanya juga Abang Nara apabila mendapat kiriman gambar seorang wanita yang sering kelihatan bergambar dengan Shah Iskandar ini. Apakah statusnya kepada pelakon yang sedang meningkat naik? Adik? Kakak? Kawan? Peminat? Kekasih? Pengurus? Macam-macam persoalan bermain di kepala Abang Nara.

kekasih shah iskandar

Sekali pandang, nampak macam pengurus pun ada. Pengurus kan perlu berada di setiap tempat untuk menguruskan artis mereka. Nak kata kekasih, mungkin tidak sebab kebanyakan gambar adalah pose biasa dan bukannya pose mesra seperti sering dilakukan artis lain. Mungkin mereka berdua kawan baik.

kekasih shah iskandar

Sebenarnya tak kisahlah sesiapa pun wanita ini kepada Shah Iskandar. Asalkan hubungan mereka baik, tidak menjurus kepada perbuatan yang tidak manis dipandang orang dan menjaga tatatertib ia sudah cukup. Lagipun mereka berdua nampak sepadan kan? Apa kata anda? Lagi beberapa keping gambar gadis misteri bersama Shah Iskandar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

kekasih shah iskandar

P.S: Jangan lepaskan peluang untuk membaca majalah KELUARGA edisi terkini di smartphone dan tablet anda dengan harga yang jauh lebih MURAH. Dapatkannya hanya di Emall Karangkraf.

 
Written by AbangNara | October 11th, 2013

Penyanyi rock, Ramli Sarip; pelakon popular, Rosyam Nor dan jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena hari jadi ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.
ramli sarip datukSetiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar berkata, Rosyam atau nama sebenarnya Mohd. Noor Shamsuddin, 46, dan Kim Swee, 43, dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) manakala Ramli, 61, menerima DMSM Kehormat.

Menurutnya, ketiga-tiga individu berkenaan antara 901 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka yang akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada hari ini, Ahad dan 24 Oktober ini.

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ramli Sarip dan Rosyam Noor. Satu penghargaan yang cukup bernilai buat anak seni sehebat mereka. Semoga dengan penghargaan ini, anak-anak seni akan lebih dipandang tinggi di mata masyakat. Tahniah!!!

Written by serenity | October 11th, 2013

Susulan dari laporan mengenai Fauzi Nawawi yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Noni AF5 seperti yang dilaporkan Harian Metro semalam, mStar Online melaporkan hari ini yang aktor itu memberitahu dirinya rasa malu dikaitkan dengan wanita yang bukan isterinya:-

Sudah-sudahlah nak kaitkan saya dengan wanita lain. Pada usia mencecah 40 tahun, saya rasa malu pula apabila digosipkan mempunyai skandal.

Rasa macam tak logik saya dikaitkan dengan Noni kerana saya hanya pernah bekerjasama menerusi drama Aiman Tempe, Jentera Jenteng Pilihan Raya dan Kiambang sahaja dengannya.

Dia juga turut terlibat menjayakan promosi produk Aqua Terapi yang diusahakan oleh syarikat saya dan isteri iaitu Perfect Illusion Corporation Sdn Bhd.

Ceritanya lagi, Lisdawati sudah faham isu seperti ini dan tidak hairan, kerana Lisda sering bersama dirinya dan Noni semasa membuat promosi produk. Fauzi juga bimbangkan reaksi teman lelaki Noni terhadap gosip tersebut:-

Tetapi apa pula kata teman lelaki Noni apabila isu ini menjadi serius? Saya harap gosip saya berskandal dengan wanita lain tidak lagi diberitakan. Cukup-cukuplah. Anak-anak saya pun dah besar, rasa kurang manis apabila berita ini keluar. Apatah lagi saya dan Lisda merancang untuk menambah anak pada tahun hadapan.

Sementara itu, Noni dikatakan baru saja menyambut ulang tahun kelahiran teman lelakinya seperti yang dikongsikan di Instagram beliau:

 photo Screen-Shot-2013-10-10-at-113553.png
 photo Screen-Shot-2013-10-10-at-122350.png

Untunglah Fauzi kerana Lisda sentiasa setia disisinya atas dasar kepercayaan walaupun bukan sekali ini saja gosip tentang Fauzi mempunyai skandal timbul. Tahniah diucapkan.

Written by serenity | October 10th, 2013

Ramai rupanya yang mahu BeautifulNara.com menulis tentang Zara Zya. Untuk tidak menghampakan pembaca, kali ini ditampilkan gambar-gambar Zara Zya untuk tatapan peminat BN. Sememangnya Zara comel orangnya. Nama sebenar pelakon ini ialah Zainurul Razia Mohd Zainuddin, berusia 28 tahun dan pernah membintangi beberapa drama dan telefilem sebelum ini.

Antara drama yang pernah dibintanginya ialah Tanah Merah, Puisi Cinta Rubiah, Supermak, Tiga Budak Botak, Selipar Jepun Suria, 3 Janji, Enigma, Wasiat Huda, Barat Ke Timur, Kisah Benar, Kudrat, Janji Kita, Suaramu, Kenduri Sakan dan Bujang Sepah Lalali Tamplom.

 photo ZaraZya16.jpg
 photo ZaraZya14.jpg

Selain drama, Zara juga membintangi banyak telefilem seperti Sumayyah, Haryati-Haryati, Ais Krim, Roti dan Gol, Kitab Rindu Terindah, Kampung Jaguh, Gerimis Yang Calar, Bilik No.13, Gila, dan Now And Forever.

Seperti Azlee, Zara juga sudah lama dalam bidang lakonan, cuma tidak memegang watak utama yang menyerlah sebelum ini. Beruntung gadis ini kerana berpeluang membawa watak utama dalam drama Love You Mr. Arrogant melalui Slot Akasia di TV3 yang membuatkan namanya dikenali.

Kami kira anda pasti setuju yang Zara patut mengelakkan dari bergambar seksi selepas ini. Ternyata kini dia dikenali kerana bakat dan bukan gambar-gambar seksi yang pernah diambil sebelum ini. Lagi 15 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


MyGempak II anjuran JKKN dan RTM kembali dengan uji bakat Zon Timur 10 -14 Oktober ini. Hadiah lumayan menanti pemenang peringkat akhir. Individu berbakat di Terengganu, Kelantan dan Pahang adalah dipelawa untuk menyertai ujibakat bagi Lantai Cilik, Planet Joget, Mimpi Ke Bintang, Fun Dance dan Ikon Siarawan. MyGempak – Lebih Gempak, Lebih Meriah!