Written by AbangNara | January 1st, 2011

faizal yusof meninggal dunia

Al Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan meninggal dunia. Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan jam 10 pagi  (2 Januari 2011). Semoga segalanya dipermudahkan. Al-Fatihah.

Written by AbangNara | January 1st, 2011

maizawati tidak meninggal dunia

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba ada berita kononnya Maizawati, bekas isteri Akhil Hayy telah meninggal dunia. Terkejut beruk kami. Dengan pantas dan lajunya kami cuba mengesahkan berita ini. Khabarnya ada sebuah blog yang mengeluarkan berita tergempar ini. Cari punya cari, blog tersebut telah pun mendelete entri Maizawati meninggal dunia tersebut.

Untuk makluman, Maizawati TIDAK meninggal dunia seperti yang dikecohkan. Maizawati dan suami sebenarnya terlibat dalam sebuah kemalangan. Akibat kemalangan tersebut, Maizawati patah tangan kirinya. Namun daripada apa yang dilaporkan, Maizawati dan kandungan kini berada di dalam keadaan selamat.

Jadi sesiapa yang berani buat cerita Maizawati meninggal dunia itu, harap-harap insaflah. Bab hidup mati ini jangan dibuat main-main. Kalau dah betul-betul sah barulah publish kat blog. Nie bab nyawa beb. Harap jadi pengajaran untuk kita semua.

Page 30 of 30« First...1020...2627282930