Written by AbangNara | November 14th, 2010

gambar uncle seekers dan siti aishah

Siapa yang tidak kenal dengan Siti Aishah, bekas permaisuri Agong suatu ketika dahulu. Alkisahnya, Uncle Seekers di dalam blognya telah membuat satu pendedahan ekslusif  kisah cinta rahsianya dengan bekas permaisuri Agong, Siti Aishah. Memang sukar untuk dipercayai tetapi gambar-gambar Uncle Seekers bersama Siti Aishah memang agak menunjukkan kemesraan mereka berdua.

Setakat hari ini, sudah 5 blog post sudah ditulis oleh Uncle Seekers untuk mendedahkan hubungan “cinta syhhh” antara mereka berdua. Kami tak mahu beri komen apa-apa. Mungkin anda sendiri perlu membaca pengakuan part 1, part 2 , part 3, part 4 dan part 5 dari Uncle Seekers. Kemudian anda buatlah penilaian anda sendiri.

Lagi gambar Uncle Seekers bersama mantan permaisuri Agong, Siti Aishah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | November 13th, 2010

raja farah sudah kahwin

Berita ringkas untuk anda semua. Raja Farah sudah pun bergelar isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum semalam (12 November 2010) dengan sekali lafaz sahaja. Tahniah kami ucapkan kepada Raja Farah dan suami. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan cepat-cepat menimang cahaya mata.

Raja Farah yang menerima mas kahwin secara tunai sebanyak RM888 dan tujuh dulang hantaran turut membalas sembilan dulang hantaran kepada pihak lelaki. Antara hantaran yang diterima Raja Farah seperti telefon bimbit iPhone 4, pewangi dan alat solek Dior, tas tangan Coach, pulut kuning, sireh junjung, dan lain-lain.

Manakala hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah seperti telefon bimbit iPhone 4, dompet dan tali pinggang Dunhill, jam tangan Tissot, kek dan lain-lain. Namun wang hantaran telah dirahsiakan atas kehendak Raja Farah dan pihak keluarga suaminya.

gambar pertunangan mizz nina dan noh hujan

Sementara itu gosip pertunangan Mizz Nina dan Noh hujan akhirnya telah disahkan oleh salah seorang jemputan pada majlis tersebut. Majlis pertunangan Noh dan Mizz Nina telah diadakan secara ringkas dan dihadiri oleh 150 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat. Mereka berdua dikhabarkan akan bernikah pada tahun hadapan.

Tahniah kami ucapkan kepada Mizz Nina dan Noh Hujan atas pertunangan ini. Semoga segalanya dipermudahkan selepas ini.

Written by AbangNara | November 13th, 2010

gambar nabil dan qasha cium mulut

Gambar Nabil Raja Lawak dan Qasha sedang beraksi cium mulut di atas adalah gambar yang terpaling hangat di pasaran sekarang. Buat peminat Nabil dan peminat Qasha (kalau ada) jangan risau sebab Nabil telah menafikan kesahihan gambar ini. Kemungkinan besar gambar aksi terlampau ini adalah super impose ataupun pelanduk dua serupa.

Berdasarkan penelitian kami, gambar ini adalah palsu kerana telinga si lelaki di dalam gambar ini terlebih capang daripada telinga Nabil. Mesti ada seseorang yang mengambil kesempatan di sebalik gosip hubungan Nabil dan Qasha baru-baru ini untuk menjatuhkan lagi reputasi Nabil. Manusia memang cepat dengki dengan kejayaan orang lain.

Apa pun kepada si pelanduk dua serupa, anda memang hebat sebab kami pun hampir terpedaya. Mungkin anda boleh masuk pertandingan wajah serupa dengan selebriti Malaysia.

Foto kredit kepada si gadis Ieyra.

Written by AbangNara | November 12th, 2010

[note]Artikel ini adalah copy paste dari blog Bapak Gula-Gula. Sekadar perkongsian informasi[/note]

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan mengenai syarikat AC Mizal yang tiada lesen jualan langsung. Read more Link Utusan Malaysia.

Hari ini dan semalam, saya bercakap dengan sumber sumber di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mendapatkan pengesahan mengenai status Lesen Jualan Langsung mengikut Akta Jualan Langsung 1993.

Di laman web AC Mizal, turut disiarkan mengenai pendaftaran syarikat iaitu dua sijil pemerbadanan:

1. AC Konsortium Sdn Bhd
2. Ilham Prestij Sdn Bhd

lesen ac

Baca lagi untuk artikel sepenuhnya.