Written by AbangNara | October 12th, 2017

Hari ini, filem Tombiruo yang diadaptasi daripada novel karya Ramlee Awang Murshid mula ditayangkan di pawagam. Filem ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, M. Nasir dan ramai lagi. Sebagai salah satu cara mempromosikan filem lakonannya ini, Zul Ariffin telah memuatnaik sekeping gambar dirinya tanpa berbaju, sekaligus menampakkan ke’sado’an badannya di Instagram.

zul ariffin

Ternyata gambar ini membuatkan para peminat wanita Zul Ariffin tidak dapat duduk diam. Ramai yang menelan air liur. Silap-silap ada yang meletup ovarinya. Memang ‘perfect’ sungguh badan Zul Ariffin. Tak terlalu sado, tak kurus sangat, just nice je. Banyak komen-komen yang ditulis di gambar ini menyatakan rasa kagum dengan tubuh badan Zul Ariffin.

zul ariffin

zul ariffin

zul ariffin

zul ariffin

Apa pun jangan lepaskan peluang untuk melihat filem Tombiruo yang sudah pun mula ditayangkan di pawagam hari ini. Di dalam filem ini kebanyakan penampilan Zul Ariffin adalah tanpa baju. Jadi anda akan dapat ‘menikmati’ ke’sado’an badannya sepenuh hati. Berdasarkan review yang Abang Nara baca, memang filem Tombirou ini adalah salah satu filem wajib tonton 2017.

zul ariffin

Selamat menonton diucapkan. Tunjukkan sokongan anda buat filem tempatan.

Written by AbangNara | September 21st, 2017

Setelah menggugurkan Fathia Latiff ekoran masalah displin, pihak produksi drama La Luna telah pun memilih Zahirah Macwilson sebagai pengganti. Zahirah akan membawakan watak Luna iaitu heroin di dalam drama tersebut. Pengumuman tersebut telah dilakukan penerbit syarikat produksi Tenview Sdn Norazah Sahud kelmarin. Tahniah diucapkan kepada Zahira atas pemilihan ini.
zahirah macwilson
Menurut Norazah, Zahirah Macwilson dipilih kerana pelakon tersebut menepati watak Luna dan juga tidak mempunyai sebarang masalah displin. Untuk makluman, Zahirah kini sedang popular menerusi drama Duda Pujaan Dara, lakonannya bersama dengan Kamal Adli. Kata Norazah:-

Zahirah dipilih kerana dia sangat menepati watak Luna. Kami agak teliti memilih pelakon kerana tidak mahu masalah sebelum ini berulang lagi. Justeru, kami merujuk kepada beberapa produksi berkenaan tahap disiplinnya dan mendapati setakat ini dia tidak menimbulkan masalah dengan mana-mana syarikat produksi.

Zahirah seorang pelakon remaja yang sedang meningkat namanya. Lakonannya juga bagus dan boleh memberi kesan terhadap penonton drama ini nanti

zahirah macwilson

Untuk makluman, Fathia Latiff sebelum ini telah pun melakonkan 35 babak di dalam drama La Luna. Kesemua babak tersebut tidak dapat digunakan dan harus dilakonkan semula oleh Zahirah Macwilson. Semoga dengan pemilihan Zahirah, penggambaran drama ini akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Tak sabar nak tengok drama La Luna ini nanti. Sama-sama kita nantikan. Sumber Harian Metro.

Written by Bella | June 15th, 2017

Sekitar bulan lepas, beberapa keping foto pelakon Zul Ariffin berseluar pendek mendapat perhatian netizen. Malah, ia turut mengundang beberapa komen lucah. Berikutan hal tersebut, ramai yang mendakwa Zul tidak menjaga sensitiviti masyarkat Malaysia dan sengaja untuk menayangkan auratnya.

Terbaru menerusi video di mStar Online, Zul mengakui beliau terlepas pandang dan memohon maaf atas perkara tersebut.

Gambar itu tidak sengaja, saya memang selesa berseluar pendek. Saya akui saya terlepas pandang hal tersebut, saya minta maaf saya tahu benda itu melibatkan aurat dan saya tidak berniat untuk menayang aurat saya. Tapi saya tidak akan padam gambar tersebut kerana ia kenangan ketika saya bercuti, saya suka gambar itu. Walaubagaimanapun, saya berterima kasih kerana menegur saya dan saya tidak akan terlepas pandang lagi perkara seperti ini. Saya tahu dosa dan pahala.

Zul pun sudah memberikan penjelasan dan memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang selesa dengan foto beliau berseluar pendek. Harapnya ia tidak lagi mencetuskan sebarang kritikan. Biasalah, kita tidak boleh puaskan hati semua orang.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | May 29th, 2017

Mempunyai  tubuh sasa dan wajah yang kacak membuatkan pelakon Zul Ariffin sering mendapat perhatian ramai terutama sekali wanita-wanita diluar sana.

Baru-baru ini beliau berkesempatan untuk bercuti dan berkongsi foto percutiaannya itu bersama peminat di akaun Instagramnya. Namun, antara foto yang menjadi bualan hangat dan mendapat perhatian netizen adalah ketika beliau memakai seluar pendek.

Berikut antara komen netizen :-

Bukan main lagi komen- komen netizen di Instagram Zul, confirm ramai wanita yang cair melihat Zul “posing maut” sebegitu.