Written by Bella | April 21st, 2017

Tindakan Zarina Zainuddin yang membuka tudung untuk menjayakan watak di dalam drama Dendam Aurora telah mengundang kritikan netizen beberapa hari lepas yang mempersoalkan tentang penghijrahannya itu. 

Setelah berfikir secara dalam dan menyesali tindakannya membuka tudung, Zarina memberitahu beliau telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada berlakon di dalam drama tersebut.

Kak Ina sudah berbincang dengan penerbit dan alhamdulilah, kakak tak jadi teruskan ambil watak tersebut.  Kakak tolak cara baik dan terangkan pada penerbit.  Penerbit pun faham situasi yang Kak Ina lalui sekarang ini. Berkenaan dengan babak yang dah shoot tu, mereka akan reshoot semula dan watak akak akan digantikan dengan orang lain.

Bukan mudah sebenarnya untuk mendapat tawaran berlakon di dalam drama 100 episod dan ia antara pengorbanan besar yang Zarina lakukan. Zarina berharap peminatnya mendoakan agar beliau dimurahkan rezeki lain selepas ini.

Terima kasih kepada semua.  Doakan Kak Ina dapat cari rezeki untuk anak-anak.  Kami harapkan duit pulut kuning sahaja dan lakonan akak.  Semoga Allah permudahkan jalan hidup Akak untuk terus membesarkan anak dan memberi kehidupan yang selesa untuk mereka.  Amin.

Nampaknya Zarina telah mengambil satu keputusan yang agak drastik tetapi ia demi kebaikannya juga. Zarina enggan isu ini terus berpanjangan dan pelbagai lagi spekulasi liar timbul.

Sumber Berita : Media Hiburan

Written by Bella | April 18th, 2017

Beberapa hari lepas, pelakon Zarina Zainuddin ada memuat naik foto beliau tidak memakai tudung dan mengenakan rambut palsu demi menjayakan watak dalam sebuah drama. Tindakan beliau itu mengundang pelbagai kritikan daripada netizen yang mempertikaikan mengapa beliau sanggup untuk membuka tudungnya.

Menerusi portal BH ONLINE, Zarina memberitahu beliau sedar apa yang dilakukannya itu adalah salah di sisi agama tetapi beliau terpaksa berbuat demikian demi menghidupkan watak yang beliau lakonkan.

Sebelum ini, saya pernah jelaskan, walaupun sudah berhijab, mungkin saya membuka tudung bagi sesetengah drama. Memang salah cara itu dan kalau nak diikutkan, berlakon juga tetap berdosa biarpun bertudung labuh.

Maafkan diri ini seandainya ada pihak yang tidak senang melihat saya di kaca televisyen (TV) tanpa tudung bagi sesetengah drama. Suami saya pun tidak menggalakkan cara saya ini. Dia juga sudah berpesan, kalau boleh jangan buka tudung. Tindakan ini ialah salah saya sendiri.

Menurut Zarina, beliau bukanlah seorang yang sempurna meskipun sudah berhijab dan beliau akan cuba untuk menjadi seorang muslimah yang baik perlahan-lahan.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, pendapatan utama saya adalah berlakon. Pada masa sama, perlahan-lahan saya belajar memperbaiki diri dalam menjadi seorang Islam yang lebih baik. Berhijrah tidak bermakna saya sudah 100 peratus sempurna.

Wallahualam, isu seperti ini agak sensitif untuk dibicarakan. Ya, memang benar setiap perubahan itu memerlukan masa dan azam yang kuat.

Sumber Berita : BH ONLINE