Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Yuna Bakal Jadi Jutawan, Hulur La Barang Seribu Dua

Thursday, December 17th, 2009

yunalis zarai

Tajuk di atas adalah main-main jer (bab yang suruh hulur duit tue). Tapi bab yang Yunalis Zarai bakal jadi jutawan tue mungkin adalah benar berdasarkan apa yang dilaporkan di Murai. Muda lagi dah boleh jadi kaya raya dengan duit royalti dari lagu Dan Sebenarnya.

Untuk pengetahuan anda, Mawi dulu dapat baper ratus ringgit jer duit royalti lagu-lagu dia. Sebabnya dia tak mencipta lagu tue. Dia just tukang nyanyi jer. Kalau nak jadi kaya raya dalam bidang menyanyi nie, kita kena tau menyanyi dan karang lagu sendiri.

Itu yang Yuna boleh bergelar jutawan sebab semua royalti pun dapat kepada dia. Sebab dia yang cipta lagu, dia yang nyanyi lagu tue. Pendek kata dialah semuanya. Beruntung betul si Yuna nie. Kata orang, kalau dah rezeki tue tak lari ke mana dah.

Kepada lelaki-lelaki di luar sana yang bercita-cita nak kawin jutawan, silalah mengorat Yunalis Zarai. Pastikan anda tau bermain gitar ye. Leh wat album duet nanti. Apa-apa pun tahniah buat Yuna dan semoga terus maju dalam karya anda.

Kesian Zubir Tak Dapat Nombor Tepon Yunalis Zarai

Monday, October 19th, 2009

Oh Yuna,

enggan percaya apa media tulis,

pabila,

mereka asik kutuk kau sombong,

dan artikel zubir asyik memerli engkau,

pabila,

kau taknak bagi no telefon pada nya…

adakah kerna kau taknak bagi no telefon,

mereka terus cop kau ni berlagak,

dan sebenarnya apakah yang berlaku,

disebalik cerita-cerita yang kubaca itu,

ku enggan,

percaya apa ku baca,

ku enggan,

melihat kau asyik dikutuk media,

oh ku akui sedih

telah menular dalam diri

jikalau

kau ni betul-betul sombong….

.

Bagi kami, tak ada masalah kalau Yuna taknak bagi nombor telefonnya kepada Zubir ataupun media-media yang lain. Yuna ialah Yuna. Bukannya Siti Nurhaliza, bukannya Sharifah Aini atau bukannya orang lain. Terpulanglah pada dia nak share atau taknak nombor telefon peribadi dia. Kami rasa bagi Yuna, kehidupan peribadi dia lebih bernilai daripada kepopularitian yang mampu diperoleh daripada media-media.

Dan sebab itulah adanya Wawa, pengurus Yunalis Zarai nie. Apa guna manager kalau tak boleh handle benda-benda nie kan? Dan bagi kami, Wawa dah cakap elok-elok kat Zubir yang parents Yuna tak bagi kebenaran untuk bagi komen tentang cerita-cerita sensasi yang geng-geng Zubir tulis. So nak mintak respon apa lagi? Kang tak pasal-pasal menderhaka kat mak bapak pulak.

Seperti yang kami pernah tulis dulu, si Yunalis nie sememangnya orang yang cakap sepatah jawap setengah patah. Dan dia lebih gemarkan kepopularitiannya bercambah dengan bakat seninya. Bukan dengan gosip-gosip murahan macam nie. Daripada Yuna buang masa nak bagi komen, baik dia pergi terperap dalam bilik fikir idea buat lagu baru.

Apa-apapun kami nak ucapkan tahniah kepada Yuna sebab albumnya bakal dilancarkan di Korea Selatan bulan 12 nie. Tengok tue betapa orang kat sana pun menghargai bakat orang berseni macam nie. Media-media negara kita nie sikit-sikit nak hentam orang sampai tak larat nak berdiri balik dah. Patut buat la citer pasal kejayaan Yuna tembus market Korea. Bukan senang tue ~~

Buat Yuna, all the best dan jangan layan gosip-gosip murahan macam nie. You deserve more than these people writing. Selamat maju jaya dan selamat berkonvo 30 Oktober ini. Oh ya dan buat anda yang nak jadi Fan Facebook Yuna, leh add kat sini.

Yuna Terpaksa Rahsiakan Nombor Telefon

Wednesday, September 2nd, 2009

yunalils

DUNIA artis tidak pernah diidamkan oleh penyanyi indie, Yuna memandangkan dia mencuba nasib dalam industri seni ini sekadar untuk menghiburkan peminat muzik tempatan.

“Saya hanya buat (menghasilkan) muzik untuk orang gembira..,” begitulah luahan Yuna yang tidak menyangka dirinya kini berada sebaris dengan artis-artis ‘mainstream’ yang lain.

Mengenali pemilik nama Yunalis Zarai ini, orangnya tidak sombong, peramah dan meminati dunia muzik, fesyen juga pandai melukis.

Biarpun dirinya sudah dikenali dan menjadi perhatian ramai, Yuna masih tidak mahu orang melabelkan dirinya sebagai ‘artis’.

Kata anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini dalam nada rendah diri, “Saya tak suka dinamakan artis tetapi saya lebih suka digelar pemuzik.

“Kalau jadi artis..kita akan jadi terkenal.. tidak seronok pula. Banyak lagi yang saya kena capai untuk menjadi terkenal.

“Misalnya Datuk Siti Nurhaliza, dia memang layak untuk menjadi artis. Saya rasa diri ini ‘kecil’ dan masih tiada apa-apa lagi..,” luahnya yang turut bercita-cita untuk mengadakan konsert atau showcase seperti Datuk Siti.

(more…)

(GOSIP)Yuna Dah Mula Besar Kepala?

Sunday, June 21st, 2009

yunalis dan sebenarnya

Terkejut kami baca Pancaindera hari nie bila ada tajuk artikel “Pakcik meninggal ke Yuna”?. Baca punya baca rupa-rupanya si Joyah tak puas hati dengan Yunalis Zarai nie.

Kata Joyah susah sangat nak wat appointment ngan si Yuna nie. Pastue ada member-member Joyah yang kena tinggal gitu ajer dengan Yuna masa kat konsert. Then kononnya Yuna terpaksa batalkan temujanji sebab pakcik dia meninggal tapi last-last muncul kat satu konsert lain.

Dengan ikhlasnya mulai hari ini kami nak jadi anti Joyah. Selamba ajer dia kutuk artis feveret kami si Yuna nie. Kami rasa Joyah sakit hati dia tak dapat nak buat temujanji ngan Yuna untuk Pancaindera itu yang dia kutuk Yuna tak ingat punya.

Kesian betul ngan wartawan-wartawan hiburan mainstream nie. Masa si Yuna nie baru nak naik semua buat derk jerk. Skang dah femes baru terhegeh-hegeh nak wat appointment semua. Tak lama lagi kompem si Joyah nie cakap tanpa wartawan si Yuna nie takkan femes. Kononnya tak dapat publisiti la daripada dia.

Sorry to say but Yuna dah memang femes dari dulu lagi. Cuma wartawan-wartawan hiburan macam Joyah nie jer tak pernah nak amik tau pasal musik underground. Tiba-tiba jer sekarang nak menyelit dan menjatuhkan nama Yuna. Panas hati kami dibuatnya.

Buat Yunalis Zarai, tabahkan hati anda. Biasalah dunia hiburan Malaysia nie. Anda tak boleh nak puaskan hati semua orang. Jangan layan wartawan-wartawan yang nak amik kesempatan macam si Joyah nie. Sila jangan ubah personaliti anda kerana diorang-dioarang nie.

Oh ya kalau anda nak layan lagu omputih Yuna yang bertajuk After Midnight sila baca artikel ini sepenuhnya. Memang sempoi beb.

(more…)

Facebook Rasmi Yunalis Zarai, Dan Sebenarnya

Tuesday, March 31st, 2009

yunalis zarai

Yunalis Zarai, atau lebih dikenali dengan Yuna yang femes dengan lagu Dan Sebenarnya dah ada Facebook. Kalau dulu Yuna cuma ada Myspace aje, sekarang nie semua peminat-peminat Yuna boleh add Yuna di Facebook (Lisa Surihani pun add Yuna kat Facebook)

Oh ya lupa nak bagitau anda semua yang 2 minggu lepas kami ada terima satu email dari Yunalis. Isi email tue lebih kurang dia nak ucap thanks kepada BeautifulNara sebab cerita yang positif pasal dia dalam blog nie.

Don’t worry Yuna. Kami di BeautifulNara cuma pangkah artis yang entah apa-apa. Artis yang berbakat besar seperti anda akan kami julang namanya sampai femes. Lagipun anda tak ada kontroversi untuk dipangkah. Hope you stay like that forever.

P.S: Kesian tengok Yuna pegang gitar dia. Macam tak larat je. Ada ke gentleman-gentleman di luar sana yang sudi tolong angkatkan untuk dia?