Written by Bella | June 19th, 2017

Foto benda pelik yang dimuat naik oleh pelakon Aeril Zafrelย  menerusi akaun Instagramnya semalam mendapat perhatian ramai. Menerusi kapsyen yang dimuat naik oleh Aeril, benda pelik itu diletakkan di booth perniagaan beliau di Mood Republic PWTC.

Setelah mendapatkan pandangan pakar, benda pelik itu sebenarnya sesuatu yang digunakan untuk menyihir orang.

Berikut kapsyen Aeril di akaun Instagramnya :-

Tidak sangka dalam bulan suci Ramadhan ini masih ada manusia yang sanggup untuk melakukan perkara tahyul dan khianat seperti ini. Bersabarlah Aeril dengan dugaan seperti ini, sudah lumrah pasti akan berdengki dengan perniagaan orang lain yang lebih berjaya.

Written by Bella | May 11th, 2017

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel antara pasangan yang sering berkongsi detik-detik manis mereka berdua bersama peminat. Kata orang, sesiapa sahaja yang melihat video ataupun foto yang dimuat naik oleh mereka berdua pasti akan melabelkan Wawa dan Aeril pasangan paling manis serta bahagia di Malaysia.

Sebelum ini, mereka berdua pernah menjadi viral apabila Aeril membuat kejutan dengan membawa Wawa ke Lombok, Indonesia bagi merakam video ala-ala hindustan dengan lagu daripada filem terkenal iaitu Kaho Na Pyar Hair.

Terbaru, Aeril dan Wawa sekali lagi menjadi bualan serta menarik perhatian netizen apabila merakam muzik videoย  dengan tarian Bollywood menerusi lagu Ladki Badhi Anjani Hai ย bagi filem popular ย kegemaran ramai, Kuch Kuch Hota Hai. Lebih menarik lagi ia berlatarbelakangkan keindahan negeri Kashmir. Wow! Memang gempak habis.

Wah, meskipun ia bertujuan untuk mempromosikan koleksi pakaian 5 Waktu. Namun, sesiapa sahaja pasti โ€œcairโ€ melihat kemanis dan kemesraan pasangan ini. Semoga mereka berdua kekal bahagia sehingga ke jannah.

Written by Bella | January 27th, 2017

Aktres jelita Wawa Zainal menjelaskan tujuan beliau menjaga penampilan diri bukanlah kerana rasa cemburu melihat suaminya, Aeril Zafrel menjadi perhatian peminat wanita tetapi hanya menjalankan kewajipan beliau untuk kelihatan cantik buat suami tercinta.

Saya tidak pernah merajuk atau cemburu pun jika dia sering menjadi perhatian peminat kerana selepas lima tahun berkahwin saya kenal benar dengan sikapnya. Perubahan dan menjaga penampilan diri ini bukan kerana cemburu tetapi ia kewajipan saya untuk kelihatan cantik untuk suami, itu sahaja.

Saya seperti wanita berkahwin lain tetap sibuk dengan urusan rumah tangga selain menguruskan keperluan suami dan dua anak kami yang masih kecil. Tetapi saya tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk mengabaikan penampilan diri walaupun sudah berkahwin. Saya kurus dan menjaga penampilan pun bukanlah kerana ingin bersikap menunjuk-nunjuk sebaliknya apa yang dilakukan adalah semata-mata demi suami.

Dalam pada itu, Aeril akui beliau sebenarnya tidak kisah dengan penampilan Wawa. Mencintai dan menyayangi Wawa seadanya, Aeril memberitahu beliau akan setia bersama Wawa selamanya.

Tidak kira dia cantik atau tidak, hanya Wawa sahaja yang saya pandang tambahan pula pada fasa sekarang saya langsung tidak terfikir untuk buat perkara yang tidak mendatangkan faedah. Anak kami sudah dua dan fokus saya kini hanyalah untuk bekerja keras demi meningkat ekonomi keluarga.

Memang romantik dan sweet habis sebenarnya pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, mereka cukup memahami antara satu sama lain. Semoga kebahagiaan mereka berdua bertambah setiap hari dan kekal sehingga ke jannah.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | January 26th, 2017

Tidak dinafikan pelakon Aeril Zafrel kini semakin popular dan digilai oleh ramai peminat wanita diluar sana.

Perkara itu sebenarnya membuatkan isterinya, Wawa Zainal sedikit terganggu dan memberitahu beliau terpaksa ร‚ย menjaga badannya untuk tidak kelihatan selekeh kerana suaminya berjumpa dengan perempuan cantik setiap hari.

Memang saya nak kurus sebab sebagai selebriti kita kena jaga penampilan. Aeril setiap hari jumpa perempuan cantik, takutlah. Jadi, saya kena pasang badan untuk kekal cantik.

Tapi sebenarnya, saya tidak cemburu pun. Mungkin saya kurang tidur sebab terlalu sibuk dengan kerjaya seni dan juga perniagaan. Anak-anak pun semakin lasak, jadi banyak bergerak.

Walaubagaimanapun, Aeril ada mengeluarkan kenyataan beliau tidak akan pernah mencari perempuan lain dan setia bersama Wawa. Malah, Aeril juga sedang aktif membina badan atas pujukan Wawa juga.

Pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memang cukup sepadan dan menjadi favourite ramai diluar sana. Biasalah tu, kalau dah popular pasti akan ada ramai peminat. Apa yang penting, kepercayaan didalam perhubungan itu. Kami doakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Utusan Online