Written by AbangNara | February 22nd, 2010

sudirman haji arshad

Hari ini 22 Februari 2010, genaplah 18 tahun Allahyarham Sudirman Haji Arshad meninggalkan kita. Walaupun tak pernah bersua muka dengan beliau, impak Sudirman dalam lagu-lagunnya dan filem KAMI sememangnya sangat besar dalam hidup kami. Rasanya semua manusia pernah mendengar lagu Balik Kampung, Merisik Khabar, Pelangi Petang dan Apa Khabar Orang Kampung. Kesemuanya best-best belaka.

Penghibur Terbaik Asia ini sememangnya sangat berbeza dengan penyanyi-penyanyi yang ada sekarang ini. Allahyarham berada di kelasnya yang tersendiri. Nyanyiannya menusuk kalbu, lahir dari dalam jiwa dan penuh dengan penghayatan. Beliau adalah penghibur nombor 1 Malaysia, dulu, kini dan selamanya.

Konsert terbuka di Jalan Chow Kit anjuran Allahyarham menyaksikan lebih 100,000 ribu orang bersesak-sesak untuk menatap kelibat beliau. Mana mungkin angka sebanyak itu dicapai oleh mana-mana artis sekarang. Yang paling menarik ialah lagu-lagu nyanyian beliau hampir kesemuanya menduduki carta nombor 1. Malah lagu Merisik Khabar dan lagu Milik Siapakah Gadis ini pernah menduduki tempat pertama dan tempat kedua di satu masa yang sama.

Sesungguhnya kehilangan Allahyarham Sudirman di usia yang sebegitu muda sangat-sangat dirasai oleh peminat dunia hiburan. Kami di BeautifulNara mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al- Fatihah.

Kami tinggalkan anda dengan satu video klip persembahan Allahyarham untuk dihayati bersama.