Written by AbangNara | September 18th, 2012

Ahad yang lepas, Abang Nara telah dijemput untuk menghadiri majlis cukup jambul anak sulung Tomok, Arrian Shah Akid. Majlis yang bermula lebih kurang jam 1030 pagi itu memang meriah. Paling best ada kambing golek. Memang sedap gila kot.

cukur jambul anak tomok

Anak Tomok sudah makin membesar (kini dalam usia 3 bulan) dan makin comel macam mak dan ayahnya. Abang Nara doakan agar keluarga ini akan kekal bahagia selama-lamanya. Jutaan terima kasih kepada Tomok yang melayan kedatangan Abang Nara dengan penuh mesra. Anda memang awesome.

cukur jambul anak tomok

Lagi 10 keping gambar sekitar majlis cukur jambul anak Tomok dengan membaca entri ini sepenuhnya. Gambar-gambar telah diambil oleh BlissCandid yang mantap. LIKE Facebook BlissCandid untuk promosi photograpi mereka.

 
Written by AbangNara | June 1st, 2012

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah nama anak sulung Tomok yang dilahirkan baru-baru ini. Akhirnya Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan mengumumkan Arrianshah Akid sebagai nama untuk anaknya yang dilahirkan di Prince Court dengan berat 3.33kg itu.

nama anak tomok

Tomok turut tidak lokek berkongsi gambar-gambar terbaru anaknya menerusi Twitter @Tomok_NB_OIAM. Banyak juga gambar-gambar Arrianshah Akid yang diupload oleh Tomok. Kesemuanya comel-comel belaka. Semoga Arrianshah Akid akan terus sihat dan dijauhi penyakit-penyakit seperti demam kuning dan sebagainya.

Lagi 5 keping gambar Arrianshah Akid dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | May 29th, 2012

Jutaan tahniah diucapkan kepada Tomok dan isterinya, Ayu telah yang kini telah pun bergelar ayah dan ibu dengan kelahiran bayi lelaki mereka. Bayi yang masih belum diumumkan namanya ini dilahirkan dengan berat 3.33kg pada kira-kira jam 6.30 petang tadi.

gambar anak tomok dan ayu

Gambar di atas telah dikongsi oleh Tomok menerusi Twitternya di @Tomok_NB_Oiam. Abang Nara ucapkan tahniah atas kelahiran bayi sulung ini. Selamat menempuh alam ibu bapa dan semoga anak Tomok dan Ayu akan sihat sejahtera sehingga dewasa kelak.

P.S: Maru, si kucing comel sambut ulang tahun ke 5

Written by AbangNara | February 24th, 2009

Macam tak percaya pun ada jugak bila kami mendengar suara Tomok yang terbaru ini. Ke manakah menghilang kesengauan yang menjadi trademark Tomok New Boyz selama ini? Mantap jugak bila dia nyanyi lagu Cuba dari Faizal Tahir untuk One In A Million dalam video nie.

Lepas ini tak ada lagilah acara membaling telur(seperti yang pernah berlaku semasa zaman Tomok buat show dulu)kepada Tomok lagi sebab dia dah tak sengau. Go Tomok Go !!! You can do it. Best of luck from all of us here at BeautifulNara.com.

[note]Kalau Encik Tomok sudi kongsilah rahsia hilangkan sengau tue dengan kami. Suara kitaorang pun sengau jugak bila tarik lagu tinggi-tinggi time tengah karaoke. Lagi-lagi kalau nyanyi lagu New Boyz.[/note]