Written by AbangNara | December 21st, 2012

Hati ayah mana yang tidak resah apabila anak sendiri dihimpit dengan pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini. Agaknya itulah yang dirasai oleh ayah Shila Amzah, ND Lala yang pernah melalui apa yang dirasai oleh anaknya kini satu ketika dahulu.

nd lala

Kelmarin menerusi laman Facebook Shila Amzah, ND Lala berharap agar anaknya memberikan lebih fokus dan tumpuan terhadap persembahan yang bakal dilakukan di World Music Awards 2012. Untuk makluman, Shila Amzah telah pun berlepas ke USA untuk menghadiri majlis gilang gemilang ini.

nd lala

Dicalonkan untuk 2 kategori iaitu World’s Best Female Artist dan World’s Best Entertainer of The Year, peluang untuk Shila Amzah memenangi salah satu kategori ini secara jujurnya memang tipis. Namun diharapkan Shila mampu memberikan persembahan yang memukau sekaligus membuka mata dunia terhadap bakat-bakat yang ada di Malaysia. Kepada Shila, good luck and all the best. Jangan nervous-nervous ya.

Written by AbangNara | December 19th, 2012

Kadang kala, ada pembaca BeautifulNara yang berkongsi luahan hati mereka menerusi email kepada Abang Nara. Ada yang tulis panjang lebar, ada yang pendek-pendek sahaja, ada yang tak sesuai dan ada yang memang sesuai untuk dikongsikan bersama anda semua.

SHILA AMZAH

Seperti yang anda ketahui, semenjak dua menjak ini agak banyak kontroversi yang telah ditimbulkan oleh Shila Amzah. Terbaru ialah episod merajuk oleh cinta hatinya, Sharnaaz Ahmad enerusi Twitter. Mungkin kerana itu, seorang yang ingin dikenali dengan nama LisaSha telah menghantar satu luahan panjang lebarnya terhadap Shila Amzah seperti di bawah:-

Salam Nara,

Saya terpanggil membuat sedikit teguran kepada seorang penyanyi yang meningkat naik popularitinya sejak kebelakangan ini, Shia Amzah. Bukan niat menjatuhkan beliau atau menghina beliau tetapi sekadar teguran dari seorang hamba yang kerdil kepada seorang hamba yang kerdil yang lain.

Dari masa ke semasa melihat perkembangan diri Shila Amzah memang begitu memberangsangkan. Bermula dari kemenangan beliau di Shanghai dan terusan menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Tahniah di ucapkan.
Namun begitu saya sedikit kecewa dengan sikap dan tingkahlaku beliau sebagai artis wanita islam. Pada pandangan saya sebagai wanita, tidak manis rasanya setiap memaparkan kisah peribadi beliau terutamanya kisah percintaan beliau kepada umum. Kisah peribadi beliau sewajarnya menjadi rahsia diri dan keluarga demi menjaga nama, maruah dan juga karier.

Tidak dapat dinafikan, para peminat ingin mengetahui perjalanan karier dan juga kisah peribadi artis kesayangan mereka dari masa ke semasa. Tidak salah berkongsi perjalanan karier dengan para peminat beliau tetapi perkongsian kisah peribadi perlu dihadkan. Sudah memadai jika beliau mengakui menjalinkan hubungan cinta bersama pasangannya.
Tidak manisnya untuk beliau berpegangan tangan, mencium tangan dan juga mengungkapkan kata “cinta hati saya” kepada umum apatahlagi perkara sebegini saya dapat dilihat disetiap majlis dan anugerah. Sebagai wanita islam, beliau sewajarnya menjaga setiap gerak geri dan tutur kata yang menyebabkan wujudnya pandangan negatif dan tomahan dikalangan manusia. Apatahlagi beliau kini sudah berhijab.

Tidak salah untuk bercinta namun islam mempunyai batas-batas dalam pergaulan dan tuturkata agar dapat mencerminkan diri sebagai islam sejati dan menjadi contoh kepada masyarakat luar sana. Namun sebagai remaja yang dilamun cinta tidak dinafikan beliau adakala tersasar dari garis panduan yang ditetapkan.

Beliau mempunyai bakat dan juga pendidik seni iaitu ayahnya yang begitu arif kehidupan anak seni. Sewajarnya beliau merujuk perkara-perkara sebegini kepada keluarga terutamanya agar niat menjadi anak seni yang berjaya menjadi kenyataan. In Shaa Allah.

Akhir kata, saya memohon agar Shila melihat teguran ini dari sudut pandangan positif untuk memajukan kerjaya beliau dan menjaga agama, adat serta maruah sebagai anak seni islam. Jangan biarkan perkara dan tingkah laku sebegini mencacatkan perjalanan seni dan juga mengundang pelbagai tomahan dan cacian pada diri dan keluarga.

Saya sekali lagi memohon maaf dari penulisan saya sekiranya mengundang kebencian kepada peminat-peminat Shila. Ditegaskan bukan bertujuan menghina tetapi sekadar teguran ikhlas dari insan yang lemah lagi kerdil. Agar sama-sama menjadi garis panduan buat kita semua. Sekian.

Abang Nara melihat ada betulnya kata-kata si LisaSha ini. Semoga Shila Amzah mengambil teguran ikhlas ini untuk kemajuan diri sendiri di masa hadapan. Shila masih muda dan masih banyak peluang untuk terus berjaya dengan lebih cemerlang di dalam karier seninya. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

P.S: Gangnam Style ialah video YouTube paling popular sepanjang tahun 2012.

Written by AbangNara | November 19th, 2012

Abang Nara dah cakap dah mesti Shila Amzah teruja lebih ketika diumumkan memenangi Lagu Terbaik AIM19 sehingga tersalam cium tangan Sharnaaz Ahmad. Memang “heat of the moment”. Amboi terspeaking lagi Abang Nara nie.

shila amzah

Apa pun berkata kepada Mstar Online, Shila berjanji untuk berhati-hati lebih lagi di masa hadapan. Perkara tersebut tidak disengajakan olehnya. Kata Shila:-

Saya ingin meminta maaf atas kekhilafan saya itu. Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berda di samping orang yanh saya sayang. Ia merupakan satu pengajaran buat saya dan saya bukanlah seorang yang sempurna

Betul tue tak ada orang yang sempurna. Kesilapan dilakukan untuk kita belajar daripadanya.  Abang Nara respek kepada Shila kerana pada ucapan kemenangannya, tak pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada “Shilalas”. Shilalas adalah nama gelaran buat kelab peminatnya. Semoga hubungan mesra antara Shila dan peminat akan terus berkekalan.

P.S: Lagi kekejaman Israel di Gaza.

Written by AbangNara | August 7th, 2012

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Shila Amzah yang telah mengesahkan dirinya kini bertudung sepenuhnya. Nampaknya tahun 2012 ini sungguh ramai artis yang berhijrah. Ini satu petanda yang sangat baik buat kita semua. Semoga penghijrahan Shila Amzah ini akan berkekalan sehingga bila-bila.

shila amzah kini bertudung

Berkata kepada wartawan Mstar, Shila Amzah mengakui yang dia hanya mencuba untuk bertudung bermula 1 Ramadhan lalu sebagai langkah menghormati bulan puasa. Selepas 15 hari, Shila Amzah merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk dia bertudung sehingga ke akhir hayat. Kata Shila:-

Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut. Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung. Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah.

shila

Serius Abang Nara agak terharu membaca kisah Shila Amzah ini. Simple tetapi penuh dengan makna di sebalik ceritanya. Kepada peminat Shila, jangan risau kerana Shila memberitahu yang dia akan tetap menyanyi. Namun nyanyiannya itu akan disesuaikan dengan imej terbarunya.

Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan. Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna.

Tahniah sekali lagi kepada Shila Amzah atas penghijrahan ini. Sama-sama kita doakan agar Shila kekal sebegini sehingga ke akhir hayatnya. Tahniah Shila.