Written by AbangNara | January 23rd, 2013

Nampaknya kesunyian Raja Azmi ketika tidur seorang diri di atas katil bakal terubat tidak lama lagi. Menurut portal Murai, Raja Azmi telah membuat pengakuan yang dirinya kini sedang dilamun cinta dengan seorang pemuzik yang jauh lebih muda daripadanya.

raja azmi

Untuk makluman, umur Raja Azmi pada tahun ini mencecah usia 53 tahun. Sementara itu, kekasih baru Raja Azmi berumur separuh daripada umurnya. Ini bermakna umur jejaka tersebut sekitar 27 tahun. Hebat jugak teknik Raja Azmi mengorat lelaki muda ini. Kata Raja Azmi:-

Gosip tersebut benar. Yes, I’m In Love With A Young Man dan apa yang saya suka tentang diri dia adalah kerana dia seorang yang sangat matang. Malah, dia juga seorang yang benar-benar caring. Walaupun saya lebih berusia daripada dia, tapi dia tidak pernah buat saya rasa diri saya ini tua. Sebaliknya, dia selalu buat saya rasa diri saya ini masih muda. Dan, dia pulak yang carry diri dia macam orang tua. Dah macam terbalik pulak.

raja azmi

Walaupun usia percintaan mereka baru masuk sebulan, bagi Raja Azmi yang penting adalah perasaan yang dikongsi oleh mereka berdua. Romantik juga kata-kata yang dituturkan oleh Raja Azmi. Boleh buat ayat mengorat kalau anda mahu.

Sesetengah orang mungkin akan beranggapan bahawa hubungan kami ini masih terlalu baru untuk dinilai. Namun, bagi saya, cepat atau lambat itu bukanlah isunya. Yang penting di sini adalah perasaan yang dikongsi kami berdua. Perkenalan saya dengan bekas suami, Jalani Sidek pun tidak sampai sebulan juga. Lepas itu, dia terus meminang saya. Hasilnya, rumahtangga kami mampu bertahan selama 28 tahun. Dan, bercinta dengan lelaki muda juga bukanlah sesuatu yang baru buat saya kerana Jalani sendiri sebenarnya muda 5 tahun daripada saya

Tak kisahlah muda ke, tua ke atau sama umur kerana cinta itu sememangnya tidak mengenal usia. Yang penting kebahagiaan dapat dikecapi oleh Raja Azmi dan kekasihnya. Tak gitu? Semoga hubungan ini akan berakhir ke jinjang pelamin akhirnya.

Written by AbangNara | August 15th, 2012

Tersenyum kambing Abang Nara membaca temuramah antara Berita Minggu dan Raja Azmi yang dikeluarkan semalam. Khabar angin telah bertiup menyatakan yang Raja Azmi sudah pun mempunyai hubungan dengan seorang Tan Sri. Namun Raja Azmi memberitahu yang hubungannya itu sekadar kawan-kawan biasa sahaja.

raja azmi

Apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah pengakuan Raja Azmi yang rindu untuk bercinta lagi. Menurut Raja Azmi, dia merindui nikmat cinta. Dan kalau boleh, Raja Azmi ingin melangsungkan perkahwinan sekali lagi. Di bawah ialah kenyataan Raja Azmi menerangkan hubungannya dengan Tan Sri:-

Setakat kawan-kawan biasa itu adalah. Ada yang sudah lama kenal jadi lebih rapat kini. Termasuklah dengan ahli perniagaan yang saya kenal. Tetapi untuk kata bercinta atau tidak, saya tidak berani komen. Tapi sebagai manusia, saya sendiri tak menidakkan sebarang kebarangkalian untuk bercinta lagi. Tidak mustahil saya akan jatuh cinta dengannya. Tetapi saya tidak mahu meletakkan harapan menggunung terhadap sesuatu yang belum pasti hujung pangkalnya. Tapi saya tak malu cakap, nak kahwin lagi… teringin untuk bercinta lagi. Saya rindu untuk merasai nikmat cinta itu. Cinta itu indah dan siapa sangka bahtera perkahwinan selama 28 tahun yang dipertahankan rebah juga. Tetapi ada hikmah di sebalik perpisahan itu. Saya harap untuk bertemu cinta baru atau siapa tahu cinta saya dan Jalani bertaut kembali. Semua tidak mustahil.

Amboi. Romantik dan jiwang karat juga rupanya Raja Azmi ini. Madah-madah cintanya boleh tahan jugak. Pasti ada yang akan terpaut kalau terkena penangan ayat-ayat cinta daripada Raja Azmi. Abang Nara doakan agar Raja Azmi dapat bertemu cinta barunya dan merasai nikmat cinta itu sekali lagi. Good luck and all the best kepada Raja Azmi.

Written by AbangNara | June 28th, 2012

Raja Azmi dan suaminya, Jalani Sidek telah disahkan bercerai semalam di Mahkamah Syariah Gombak Timur. Yang mengkagumkan Abang Nara ialah tahap keredhaan yang ditunjukkan oleh Raja Azmi terhadap penceraian ini. Raja Azmi menggangap semuanya ini sebagai hadiah daripada Allah atas kesilapannya selama ini.

raja azmi sah cerai

Kata Raja Azmi kepada wartawan Mstar Online:-

Saya percaya perceraian ini adalah hadiah daripada Allah bersempena sambutan hari lahir saya pada hari ini (Rabu). Saya terima hukuman Allah di dunia ini kerana kesilapan saya. Semoga saya tidak dihukum di akhirat nanti. Kami bercerai dengan persetujuan bersama dan anak-anak memahami serta menerimanya. Hubungan saya dan Jalani akan terus baik seperti biasa selepas ini.

Semoga Raja Azmi tabah menghadapi dugaan ini. Apa pun diharap hubungan baik antara mereka akan terus berkekalan demi kepentingan anak masing-masing.

Written by AbangNara | June 27th, 2012

Tohmahan masyarakat menyatakan suaminya, Jalani Sidek sebagai suami dayus, Raja Azmi memberitahu Harian Metro yang dia memilih jalan penceraian kerana sudah tidak tahan mendengar semua penghinaan itu lagi. Penceraian mereka berdua akan difailkan di  Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

raja azmi cerai

Penceraian ini dilakukan secara baik dan telah mendapat persetujuan bersama. Kata Raja Azmi:-

Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu. Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami.

Raja Azmi sebelum ini telah didapati tidak bersalah di dalam kes khalwat bersama Roslin Hashim. Manakala suratkhabar BiPop suatu ketika dahulu pernah mengeluarkan gambar mesra Roslin Hashim bersama seorang ahli perniagaan. Diharap dengan langkah penceraian ini, kedua-dua pihak dapat membersihkan nama baik mereka semula.