Written by AbangNara | March 10th, 2012

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Harith Iskandar yang telah bergelar seorang ayah pada 8 Mac 2012. Isterinya, Jezamine Lim telah selamat melahirkan seorang bayi seberat 3.89kg dan diberi nama Zander Xayne Iskander.

gambar anak harith iskandar

Abang Nara masih tak dapat tangkap jantina anak Harith Iskandar berdasarkan nama yang diberi. Rasa-rasa macam anak lelaki. Apa-apa pun, tahniah kepada Harith dan isteri. Dan untuk anda yang bosan di hujung minggu, jangan lupa saksikan program Lawak Ke Der di channel Astro 130. Sila tekan butang merah untuk membeli. Lawak Harith Iskandar dalam Lawak Ke Der memang superb.

Update: Zander Xayne Iskander ialah seorang lelaki seperti yang diberitahu menerusi Twitter Harith Iskandar.

Update: Gambar Zander Xayne Iskander.
Tembam, kan?

Written by AbangNara | February 3rd, 2012

Baru-baru ini Abang Nara pernah keluarkan entri gambar perut isteri Harith Iskandar, Jezamine Lim yang mengandung 8 bulan. Gambar tersebut telah dikongsi menerusi Twitter oleh Harith Iskandar. Akibatnya perkongsian gambar tersebut, ramai yang menyatakan rasa tidak senang kerana ianya agak tidak sesuai dengan norma masyarakat kita.

gambar jezamine lim

Dan Harith Iskandar hari ini menerusi Mstar telah pun memohon maaf kepada mereka yang agak sensitif dengan perkongsian gambar tersebut. Menurut Harith, dia hanya sekadar mahu berkongsi kegembiraan dan keterujaan bergelar bapa. Kata Harith:-

Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut ‘Twitter’ saya. Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu.

 

Abang Nara pun sebenarnya sama teruja dengan Harith Iskandar sebab tak lama lagi pun nak bergelar ayah jugak. Doakanlah agar wife kami berdua akan selamat melahirkan anak yang sempurna sifatnya. Amin ~~

Written by AbangNara | June 14th, 2010

gambar kahwin harith iskandar jezamine lim

Simple tapi tetap marvelous. Kami suka betul dengan gambar-gambar perkahwinan Harith Iskandar dan Jezamine Lim. Nampak sempoi jer majlis diorang nie. Tak ada lebih dan tak ada kurang. Yang penting hantaran RM50,000 tue beb!!! Sesuai dengan kecantikan dan keanggunan Jezamine Lim.

Buat yang tak tau, Harith Iskandar kenal isterinya, Jezamine Lim melalui Facebook. Jadi buat anda yang masih tak ada awek lagi, silalah aktif mengorat di dalam Facebook. Dah ada bukti nyata pengoratan di dalam Facebook boleh berhasil. Hari ini hari Harith, esok lusa mungkin hari anda kan?

Tahniah kami ucapkan kepada Harith Iskandar dan Jezamine Lim atas perkahwinan ini. Semoga berbahagian sehingga ke akhir hayat.

Lagi gambar sekitar perkahwinan Harith Iskandar dan Jezamine Lim dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Mstar.

Pastikan anda mengunjungi laman kami, www.setelkahwin.com untuk membantu di dalam perancangan majlis perkahwinan anda. Jangan lupa juga untuk mendaftar sebagai Member/Vendor bagi mendapatkan info-info terperinci tentang urusan yang berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan. Dan jangan lepaskan peluang untuk menyemak senarai direktori perkahwinan kami yang telah mencecah lebih daripada 3500 penyedia-penyedia khidmat perkahwinan di seluruh Malaysia…!