Written by AbangNara | April 26th, 2013

Kasihan sungguh insan yang bernama Aaron Aziz ini. Bukan senang mencari rezeki di negara orang. Bermacam-macam dugaan yang menimpa. Memang Aaron tak pernah lekang daripada kontroversi. Terbaru, Aaron Aziz dikatakan tiada permit untuk mengarah.

aaron aziz

Walaupun isu tersebut sudah selesai apabila Aaron Aziz berkongsi gambar resit pendaftarannya sebagai ahli FDAM, sedikit sebanyak tetap ada impak negatif terhadap kerjayanya. Bercakap kepada Kosmo hari ini, Aaron Aziz berkongsi sedikit kisah dirinya diserbu di Malaysia:-

Kejadian diserbu sebegini bukanlah kali pertama kerana ia sudah berlaku sebanyak tiga kali ke atas diri saya. Sebelum ini pihak FINAS pernah membuat pemeriksaan sama ada saya memiliki permit ketika berlakon dalam filem KL Gangster serta drama Adam Dan Hawa dahulu. Sebelum ini saya pernah mengarahkan sebuah telefilem berjudul Kekasih Awal Dan Akhir pada tahun 2011, tetapi tiada pula mana-mana pihak yang datang membuat serbuan. Sudah tentu kejadian ini menimbulkan sedikit kehairanan, tetapi saya tidak mahu tuduh kalau ada orang yang ada hasad dengki. Lebih penting saya terus diberikan rezeki oleh Allah, meskipun berhadapan dengan pelbagai kontroversi selama ini

aaron aziz

Tak apalah Aaron. Tak perlu takut kerana anda memang masuk ke Malaysia dengan saluran yang betul. Dah dapat status PR dah pun. Pedulikan mereka yang dengki dengan anda. Yang penting anda jujur untuk mengembangkan lagi industri seni Malaysia. Go Aaron go!!!

vanitymask

P/S: Gaji dah masuk? Masih ada 4 hari lagi! Hampir semua Cardigan, Blouse dan Top di VanityMask kini berharga RM39 sehingga 30 April 2013. Apa tunggu lagi? KLIK SINI

Written by AbangNara | October 25th, 2012

Kekacakan Aaron Aziz sememangnya jelas terserlah apabila menghiasi muka depan majalah GLAM Lelaki. Pasti ramai peminat Aaron Aziz yang teruja melihat kehenseman wajah pengacara Fear Factor Celebrity Malaysia ini.

aaron aziz

Jangan lupa untuk mendapatkan majalah GLAM Lelaki di kedai buku berhampiran anda. Lebih-lebih lagi kalau anda peminat setia Aaron Aziz. Selamat membaca!!!

P.S: Paip air hujan yang menarik.

Written by AbangNara | October 9th, 2012

Nama Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa memang tengah meletup-letup sekarang ini gara-gara drama Adam dan Hawa. Kedua-duanya menunjukkan mutu lakonan yang superb di dalam drama ini. Walaupun pada mulanya ramai yang meragui keupayaan Nadiya NIsaa kini para pengikut drama ini mula mengakui betapa tepatnya pemilihannya sebagai heroin Adam dan Hawa.

nadiya nisaa

Secara jujur, Nadiya Nisaa ini lebih cantik apabila ditengok secara live berbanding di dalam gambar. Mungkin Nadiya kurang photogenik. Namun itu semua tidak penting kerana peminat sekarang sudah mula menghargai pelakon yang berbakat dan bukannya pelakon yang hanya bergantung pada rupa sahaja. Tak gitu?

nadiya nisaa

Lagi 11 gambar Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa di malam Anugerah Blockbuster dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar BuahMulut.

P.S: Lawak Ke Der Style daripada Nabil. Memang funny.

 
Written by AbangNara | August 4th, 2012

Maafkan Abang Nara sekiranya terlalu banyak gambar selebriti yang dikongsikan sempena majlis berbuka puasa Astro baru-baru ini. Bukan apa, semua selebriti yang hebat-hebat turun padang. Jadi rugi rasanya kalau tak diuploadkan wajah terbaru mereka di sini. Aaron Aziz dan isteri turut hadir untuk menyerikan majlis berbuka puasa ini.

aaron dan isteri

Abang Nara suka sangat dengan pasangan suami isteri ini. Tiada cerita negatif tentang rumah tangga mereka. Sama-samalah kita doakan agar hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi 7 gambar Aaron Aziz dan isteri dengan membaca entri ini sepenuhnya.