Written by Bella | March 14th, 2016

Selepas putus cinta bersama kekasihnya yang berasal daripada Eropah, akhirnya hati Siti Saleha berjaya dicuri oleh jejaka Melayu.

Percintaan Siti Saleha kali ini mendapat perhatian kerana beliau belum pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki berketurunan Melayu sebelum ini.

Enggan mendedahkan identiti sebenar kekasihnya itu, Siti Saleha akui lelaki tersebut bukan daripada golongan selebriti dan sudah empat bulan mereka bercinta. Heroin drama Uda dan Dara itu juga tidak menyangka boleh bertemu dengan cinta baharu dalam waktu yang cepat.

Saya pun tidak sangka dapat menerima cinta baharu selepas mengalami episod sedih putus cinta pada penghujung tahun lalu.

Pada masa yang sama, Siti Saleha akui merasa seronok ada teman di sisi.

Bohonglah kalau saya kata tak gembira dengan hubungan ini. Mesti kita seronok bila ada teman lelaki. Perasaan ini juga dilalui semua pasangan kekasih. Kita gembira kalau ada teman yang boleh kita mengadu suka duka.

Siti Saleha bagaimanapun enggan membuat perbandingan ketika bercinta dengan lelaki Eropah dan Melayu. Buat Siti Saleha, masing-masing mempunyai keistimewaan sendiri.

Baik orang Eropah atau Malaysia mereka mempunyai cara tersendiri dalam bercinta, bak kata Siti Saleha tidak perlu dibeza-bezakan. Harapnya hubungan kali ini boleh lah berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Written by Bella | March 4th, 2016

Nampaknya pelakon jelita Siti Saleha memang menjadi pujaan ramai jejaka diluar sana, baru sahaja putus cinta sekitar Oktober tahun lepas, kini beliau sudah menemui cinta baharu dan dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.

Jelas  Siti Saleha, sifat kelakar jejaka tersebut membuatkan beliau cukup selesa bersama.

Saya baru sahaja mengenali seseorang jejaka ini, namun saya rasa terlalu awal untuk bercerita lanjut mengenainya.

Cuma saya boleh kata saya rasa senang dan selesa dengannya kerana personalitinya yang sangat kelakar dan menghiburkan.

Masih terlalu awal dalam perhubungan, Siti Saleha belum lagi bersedia untuk membawa kekasih hatinya itu untuk berjumpa dengan keluarganya.

Saya hanya akan bawa jika kami sudah lama berkawan dan berkenalan sekurang-kurangnya apabila hubungan kami mencecah usia setahun atau lebih.

Wah! Cepatnya Siti Saleha dapat pengganti bukan? Hehe..Apa-apa pun harapnya hubungan percintaan beliau kali ini dapat kekal sehingga ke jinjang pelamin. Kalau dah jodoh siapa yang tahu bukan?

Sumber Berita: Murai