Written by AbangNara | May 15th, 2013

Episod duka di dalam percintaan sebelum ini ternyata mematangkan Shila Amzah. Enggan melihat Afiq Muiz dan Eina Azman menerima nasib yang serupa dengannya, Shila Amzah tampil menerusi Twitter untuk memberikan sepatah dua nasihat kepada pasangan ini.

shila amzah nasihat

Ada betulnya nasihat yang diberikan oleh Shila Amzah. Selaku orang yang pernah merasa betapa peritnya percintaan yang dihalang keluarga, Abang Nara rasa Shila memang layak memberikan nasihat sebegini. Semoga Eina dan Afiq mengambil nasihat Shila untuk dijadikan pedoman.

shila amzah nasihat

Apa pula nasihat anda buat Afiq Muiz dan Eina Azman? Abang Nara pasti ramai pembaca BeautifulNara yang pernah mengalami kejadian sebegini. Mungkin boleh beri sedikit tunjuk ajar kepada mereka berdua. Mana tahu mereka akan ambil iktibar daripada nasihat-nasihat anda.

ephyra

P.S: Banyak sangat supplement di luar sana yang tidak mempunyai lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan Ephyra, anda tidak perlu risau. Ephyra bukan sahaja terbukti dalam memberikan kecergasan pada badan tetapi ia juga halal dan lulus KKM. Untuk tempahan dan pertanyaan, anda boleh LIKE Facebook Ocean2U, layari www.oceanlife2u.com, email ke info@oceanlife2u.com atau telefon terus ke 03-4141-7889.

Written by AbangNara | March 28th, 2013

Ah ~~ Memang bukan mudah untuk melupakan wanita yang pernah bertakhta di hati. Abang Nara memahami hati Sharnaaz Ahmad. Semalam, menerusi Berita Harian, lelaki ini mengakui yang dirinya masih lagi menyayangi Shila Amzah.

sharnaaz

Malah Sharnaaz mengakui yang dia masih lagi mengikuti perkembangan Shila Amzah walaupun mereka berdua telah berpisah. Tambah mengharukan, Sharnaaz secara bergurau menyatakan yang dia mungkin tidak akan mencari pengganti bekas kekasihnya itu. Kata Sharnaaz:-

Jiwa masih lagi menyayangi dirinya. Bukan senang untuk mencari pengganti sepertinya, bahkan mungkin saya tidak akan mencari penggantinya sampai bila-bila.

shila sharnaaz

Tak apalah Sharnaaz. Biasalah hati terluka selepas clash. Itu perkara normal. Lagi-lagi kalau bekas awek cun macam Shila Amzah. Nak cepat sembuh kena cari awek cepat-cepat. Dapat awek baru, confirm awek lama dilupakan. Itulah ubat percintaan yang paling mujarab. Tak gitu?

P.S: Galaksi-galaksi terindah di cakerawala

Written by AbangNara | March 22nd, 2013

Ketika ini, Shila Amzah dan ahli keluarganya sedang berada di Mekah untuk menunaikan umrah. Sambil-sambil mengerjakan ibadah, dapatlah Shila dan keluarga meluangkan masa bersama-sama. Semoga hubungan kekeluargaan mereka akan bertambah erat selepas ini.

shila amzah umrah

Shila Amzah dan keluarga telah berada di Mekah sejak 12 Mac yang lalu. Lagi 8 keping gambar Shila Amzah dan keluarga menunaikan umrah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | March 4th, 2013

Nampaknya tahun 2013 adalah tahun buat Shila Amzah mengembangkan kariernya di peringkat antarabangsa. Untuk makluman, Shila telah pun menandatangani kontrak bersama Shanghai Media Group (SMG) selama 6 tahun dan bakal membuat persembahan bersama artis SMG di Lincoln Center, New York.

shila amzah

Malah Shila Amzah juga akan menetap di Shanghai selama 6 bulan bersama ibunya untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Mandarin selain daripada merakamkan album Mandarin dan membuat persembahan untuk khalayak China. Ini satu perkembangan yang sangat membanggakan. Kata ND Lala, ayah Shila Amzah kepada Mstar Online:-

Tumpuan diberikan untuknya mempersiapkan diri bergelar superstar. Kita buat yang terbaik, Saya percaya dengan semangat dan jati diri yang ada dalam dirinya, dia boleh berjaya sekaligus mengharumkan nama Malaysia ke persada muzik dunia. Saya percaya, selepas setahun nanti tidak mustahil Shila akan menjadi artis yang namanya melebihi artis hebat seperti Tata Young. Malah saya difahamkan orang-orang di negara China sangat mengangumi cara dan gaya Shila membawakan lagu-lagu Mandarin. Dia seorang yang sangat unik dan luar biasa

shila

Nampaknya ada hikmah terputusnya hubungan cinta Shila dengan Sharnaaz. Dapatlah Shila menumpukan dan memberi fokus 100% kepada karier nyanyiannya. Semoga tahun 2013 akan dimurahkan lagi rezeki buat Shila dan lebih dikenali di peringkat antarabangsa. Good luck and all the best.