Written by AbangNara | January 24th, 2013

Kejayaan drama bersiri Juvana yang mendapat perhatian dan sambutan hebat di hati penonton sehingga berjaya mencipta rating yang tinggi di TV3 mencetus fenomena tersendiri. Ekoran kejayaan tersebut, bermula hari ini, sebuah filem dengan tajuk yang sama boleh mula ditonton di pawagam-pawagam seluruh Malaysia.

filem juvana

Filem Juvana merupakan kesinambungan daripada drama siri Juvana yang memaparkan kisah Daim, Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru.

filem juvanaBotak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana yang lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak ( Sharnaaz Ahmad) , ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka.

filem juvana

Tengok trailer pun nampak boleh tahan hebatnya filem Juvana ini.

Daripada yang dibaca di Twitter, rata-rata mereka yang sudah pergi menonton, ternyata berpuas hati dengan mutu keseluruhan filem ini. Malah ada yang memuji babak aksi yang ditunjukkan sangat-sangat real. Abang Nara masih tak sempat tonton tapi jika ada kelapangan mungkin akan pergi ketika cuti Thaipusam kelak.

filem juvana

36 lagi gambar Juvana The Movie dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | January 4th, 2013

Zahiril Adzim dan Shera Ayob adalah antara pasangan suami isteri selebriti yang sangat comel di mata Abang Nara. Kalau dilihat betul-betul, wajah mereka memang seiras. Abang Nara seronok melihat gambar-gambar percutian mereka di Istanbul. Romantik habis!!!

shera ayob zahiril

Shera Ayob telah pun disahkan hamil anak pertama hasil perkahwinan mereka. Diharap Shera tidak terlampau banyak berjalan ketika berada di Istanbul untuk menjaga kesihatan kandungan. Kalau penat, berehat je di dalam bilik. Safety first.

shera ayob zahiril

10 lagi gambar percutian Zahiril Adzim dan Shera Ayob di Istanbul dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Rumah mewah pemain bass Iron Maiden untuk dijual.

 
Written by AbangNara | November 9th, 2012

Lama tak mendengar perkembangan terkini Shera Aiyob, isteri kepada pelakon hebat Zahiril Adzim. Selepas berkahwin, tiada kontroversi murahan yang timbul ke atas mereka. Dan baru-baru ini, Shera Aiyob telah berkongsi berita kehamilannya di Twitter.

shera aiyob hamil

Comel kan? Jutaan tahniah diucapkan kepada Shera Aiyob dan Zahiril Adzim atas berita gembira ini. Rasanya kandungan Shera masih di dalam fasa awal. Diharap Shera akan lebih prihatin dalam bab-bab menjaga diri apabila mengandung ini. Semoga semuanya akan selamat sehingga hari kelahiran kelak.

P/S: Telekung travel unik utk dimiliki anda segera kerana stok yg amat terhad!! JOM beli~

P.S: Ribut salji menyerang New York

Written by AbangNara | December 8th, 2011

Sama cantik sama padan. Layankan 19 keping gambar majlis resepsi Zahiril Adzim dan Shera Ayob dengan membaca entri ini sepenuhnya.

gambar kawin zahiril adzmi

Kredit gambar kepada JanggutTouch.