Written by Bella | November 21st, 2016

Masa berlalu terlalu pantas sekarang, siapa sangka rupa-rupanya pelakon Zahiril Adzim dan Sheira Ayob telah 5 tahun mendirikan rumah tangga. Bersempena dengan tarikh penuh bermakna itu, Zahiril menerusi akaun Instagramnya memuat naik satu ucapan buat isteri tercinta.

Rata-rata peminat yang membaca ucapan tersebut merasa kagum apabila Zahiril amat menghargai isterinya dan meluahkan rasa syukur kerana dapat menempuhi susah senang hidup berumah tangga bersama Sheira.

Ramai yang mendoakan agar perkahwinan pasangan ini akan kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Berikut merupakan ucapan penuh Zahiril :-

Happy 5th anniversary @sheraaiyob. 2011 2011. Saat susah dan senang yang hanya kita berdua dan الله sahaja yang tahu, kita redah sama – sama. . Semoga kita terus berusaha dan istiqomah dalam mencari redha الله. Amin. . Aku tersangat – sangat perlukan doa kalian semua untuk kami sekeluarga. Tak mintak banyak, hanya doa. Mungkin dulu aku rasa doa ini cuma sampingan setelah berusaha, tapi setelah kami diajar dan setelah beberapa kebesaran الله telah aku saksikan, hari ini aku takkan underestimate the power of doa. . Trust me, kuasa doa ni real. Yakinlah. Tengok sahaja kalau kita berjumpa orang – orang alim, ustaz – ustaz, di akhir bersembang tu mesti diaorang mintak doakan diaorang. Padahal siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan diaorang kan? . Jadi sebab itu aku tersangat perlukan doa kalian. Aku juga akan doakan kalian. Andai kalian doakan kami bahagia, maka aku juga akan balas kalian doa kebahagiaan. Andai kalian doakan aku rezeki melimpah ruah, aku balas dengan doa rezeki melimpah ruah untuk kalian. InshaaAllah. . Terima kasih banyak, aku baca setiap tulisan kalian, inshaaAllah. . Zahiril Adzim

A post shared by Zahiril Adzim (@zahiriladzim) on

InshaAllah, rumah tangga Zahiril dan Sheira akan berkekalan sehingga ke jannah. Dalam perkahwinan perlukan kesabaran, kesetiaan, kejujuran,kepercayaan , cinta, dan toleransi agar dapat mengekalkan rumah tangga yang harmoni.

Written by Bella | March 14th, 2016

Zahiril Adzim dan Johan As’ari mula menjadi sahabat selepas kedua-duanya bergandingan menerusi drama bersiri Juvana beberapa tahun lepas.

Kini Zahiril sekeluarga sedang menunaikan ibadah umrah bersama-sama Johan As’ari.

Ana sekeluarga bersama sahabat @johanarrif selamat tiba di bumi Madinah. Alhamdulillah, kami tinggalkan Malaysia sementara untuk ‘bersama’ dengan Rasulullah ? di sini. Mudah – mudahan Allah setuju.

Berikut beberapa foto ketika mereka menunaikan umrah bersama dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | November 21st, 2011

Kita sudah melihat gambar-gambar pernikahan Zahiril Adzim dan Shera Aiyob dari Twitter Hatta Dolmat. Setakat ini busana rekaan Hatta sememangnya menawan dan stylish. Majlis pernikahan tersebut berlangsung di rumah keluarga Sheira di Ipoh semalam. Zahiril yang sudah berlakon dalam banyak filem dan drama antaranya Senjakala, Tolong Awekku Pontianak!, dan yang bakal dikeluarkan Bunohan manakala Shera ialah pelakon utama filem Karak serta dia juga ialah pengacara untuk rancangan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3. Apa kata kita lihat pula 4 gambar yang telah dikeluarkan oleh jurugambar, SSgraphyWorks.
PhotobucketPhotobucket
Sekiranya ada gambar penikahan lain dari SSgraphy akan kami kemas kini di entri yang ini juga. Lagi 2 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

***

Konsert “No Wrong Notes” oleh Koir Kebangsaan Malaysia akan berlangsung di Auditorium Bandaraya di Jalan Raja Laut pada 25 dan 26 November ini. Tiket hanya berharga RM 10 dan boleh anda dapatkan dengan menelefon 03-20523600. Ikuti sesi latihan Koir kebangsaan Malaysia untuk Konsert “No Wrong Notes”:-

 
Written by serenity | November 20th, 2011

Pelakon yang sedang meningkat naik, Zahiril Adzim telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pelakon dan pengacara, Shera Aiyob di rumah Shera di Ipoh Perak hari ini. Shera menerima hantaran RM 18,000.00 dengan mas kahwin RM 1,001. Pasangan ini mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat. Majlis resepsi juga akan berlangsung hari ini di Kinding Hills Grand Ballroom, Ipoh dan untuk pihak lelaki, majlis sambut menantu akan diadakan di Shah Alam.

Lagi 6 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar pada Twitter Hatta Dolmat.