Written by Bella | November 14th, 2017

Kita ni kan perempuan dan kita ada naluri tu,  kita ade sense, sixth sense yang perempuan tu pandang laki kite!”  Mesti ramai yang pernah dengar ayat popular ini kan? Tentu sekali dari drama Girlfriend Aku Dari Neraka lakonan Sharifah Sakinah, memang ramai sehingga hari ini masih ingat lakonan beliau sebagai seorang teman wanita yang huru-hara dengan pelbagai perangai.

Sakinah sejak beberapa tahun lalu memang dikenali sebagai  seorang yang suka melawak dan perangai gila-gila kata orang, tetapi Sakinah cukup bengang bila ada sesetengah peminat melabelkan beliau sebagai bimbo gara-gara karakternya sebagai Lydia dalam Girlfriend Aku Dari Neraka.

Jangan panggil saya ‘bimbo’. Saya memang marah sangat jika ada peminat yang melabelkan saya sedemikian. Fungsi saya dalam dunia hiburan ini bukan ‘bimbo’ semata-mata. Selepas ini saya tidak mahu lagi mengambil karakter sebegitu.

Untuk yang tidak tahu apa itu bimbo, ia menggambarkan wanita cantik yang tidak bijak ataupun matang. Erm, memanglah Sakinah terasa hati dan bengang apabila dikatakan begitu.

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by Bella | June 14th, 2017

Umum mengetahui Sharifah Sakinah baru sahaja melahirkan anak perempuan sulungya, Anais Adha hujung bulan lepas. Masih lagi dalam tempoh berpantang, Sakinah telah dikecam netizen selepas beliau memuat naik foto dirinya yang sudah keluar dari rumah dengan kapsyen “ponteng pantang tepi lift”.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan Sakinah dan menasihati beliau untuk tidak ponteng pantang demi menjaga kesihatan tubuhnya agar pulih sepenuhnya selepas bersalin.

Setiap orang mempunyai pengalaman pantang yang berbeza.  Netizen cuma risau jika tubuh badan Sakinah tidak pulih sepenuhnya. Apa-apa pun, kami harap proses pantang Sakinah berjalan dengan lancar.

Written by Bella | May 24th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Sharifah Sakinah yang selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara pembedahan kira-kira jam 9 pagi tadi.  Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh kakaknya, Sharifah Shahira.

Kelahiran anak sulung Sharifah Sakinah bersama suaminya, Aliff Adha ini lewat dua minggu dari tarikh jangkaan.

Bayi dilahirkan sekitar 9 pagi tadi, 3.1 kilogram, bayi perempuan rasanya nama Anais Adha. Dilahirkan menerusi kaedah pembedahan, dia tiada rasa sakit kerana sudah ‘overdue’ lebih dua minggu. Jenuh menunggu masa untuk bersalin.  Alhamdulillah, mak dan ayah dapat cucu ke-17. Mak ayah Aliff pula menyambut cucu yang pertama.

Setelah lama menunggu akhirnya Sharifah Sakinah dan suami selamat menimang cahaya mata perempuan sulung mereka. Semoga kehadiran Anais akan memberikan kebahagiaan yang lebih buat mereka sekeluarga.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | May 11th, 2017

Sepatutnya melahirkan cahaya mata sulungnya semalam, pelakon Sharifah Sakinah bagaimanapun masih belum menunjukkkan sebarang tanda untuk bersalin. Malah, beliau juga sempat mengadakan majlis baby shower bertempat di kediaman keluarganya di Taman Melawati petang semalam.

Menurut Sakinah, beliau sebenarnya merasa teruja untuk menyambut kelahiran anak perempuannya yang bakal diberi nama Anais Adha.

Saya hanya menunggu masa bersalin. Kalau tidak hari ini, mungkin esok atau lusa. Perkataan Anais itu ada yang bermaksud rahmat, mulia dan anggun. Semoga ia memberi yang terbaik untuk anak kami ini, Insya-Allah.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis baby shower Sakinah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Kotak Studio