Written by serenity | October 7th, 2011

Sarimah Ibrahim, pengacara yang dikenali di luar negara kerana rancangan The Biggest Loser Asia akan mengorak langkah sebagai pelawak di Hollywood tidak lama lagi. Semuanya adalah hasil perkenalannya dengan pelawak terkenal Hollywood yang muncul dalam filem Iron Man dan You Don’t Mess With The Zohan, Ahmed Ahmed.

Dia mengagumkan. Dia juga ada tweets mengenai saya. Dia tanya jika saya berminat untuk membuat persembahan pembukaan untuknya di persembahan jelajah. Katanya dia belum pernah bertemu dengan wanita Muslim berbangsa kacukan Irish dan Melayu Malaysia yang kelakar seperti saya.

Dia memberitahu TheDailyChilli begitu ketika membuat persembahan lawak pembukaan untuk persembahan lawak Ahmed di Berjaya Times Square baru-baru ini.

Ramai peminat saya di Malaysia yang mengenali saya melalui rancangan televisyen berbahasa Melayu sepanjang 14 tahun lepas tidak menjangka saya boleh menjadi kelakar bila berbahasa Inggeris. Peminat saya yang berbangsa asing di Australia dan UAE yang mengenali saya melalui The Biggest Loser Asia mahu saya membuat persembahan lawak stand-up sendiri.

Belum ada tarikh yang ditetapkan untuk peranannya dalam slot tetamu di persembahan jelajah dunia Ahmed, yang turut melibatkan Amerika Syarikat, tetapi Sarimah berkata:

Sekarang dia berada di Amerika Syarikat. Kami masih berbincang. Saya tidak akan mengatakan tidak untuk mengadakan persembahan bersama Ahmed.

Kalau begitu, bolehlah kita memanggil Sarimah dengan gelaran ‘Maharani Lawak’!

Written by AbangNara | February 9th, 2010

af8

Yeah ~~~~ Kami baru jer balik dari press conference Akademi Fantasia 8. Terima kasih kepada Astro yang sudi menjemput kami. Akhirnya terjawap sudah segala debaran dan misteri tentang siapakah bakal menjadi pengetua, pengacara dan tenaga pengajar AF8 nie.

Pengetua untuk AF8 kali ini tak lain tak bukan ialah Norman KRU. Macho jugak si Norman nie bila tengok face to face. Ada karisma dia yang tersendiri. Cara cakap pun agak tegas. Baguslah tue. Kalau baik sangat takut bebudak AF8 nanti naik kepala plak.

Tapi ada sedikit kelainan dengan pengacara AF8. Sarimah Ibrahim bakal bergandingan bahu dengan Jimmy Shanley untuk Konsert AF8. Sebelum nie Jimmy adalah pengacara Trek Selebriti manakala Sarimah pulak adalah pengacara The Biggest Loser Asia. Tapi serius si Sarimah nie cun gile bila tengok depan-depan. Hampir gugur jantung nie melihat kecunnan Sarimah.

Sementara tue cikgu tarian pujaan ramai iaitu Linda Jasmine turut kembali semula ke AF8. Tapi kali nie dia tak berseorangan. Suami Linda, Que Haidar pun join sekali dengan jawatan cikgu drama. Kira sorang ajar menari dan sorang ajar berlakon la nie. Memang gandingan yang mantap.

Time sesi soal jawap tadi kami tak sempat nak tanya soalan kat pihak Astro. Ada seorang media yang bertanyakan soalan berapakah bayaran untuk mendapatkan Sarimah sebagai pengacara AF8. Memang tak logik langsung soalan tue. Dah compem benda private dan confidential. Buat apa tanya soalan yang tak akan dijawap? Cuba la tanya soalan bernas sikit.

Disebabkan kami tak sempat bertanya, jadi kami nak ajukan persoalan yang bermain di benak kepala kami tue kat sini. Kalau ada pihak Astro baca, leh la tolong jawapkan. Kalau anda nak bagi pendapat pun boleh gak.

[note] Setiap kali AF ditayangkan, compem akan ada blog, majalah, forum dan suratkhabar yang kutuk kata AF nie dah tak relevan. Dah tak best. Tapi yang peliknya jumlah orang menonton still maintain banyak. Undian pun banyak masuk. Dan yang pastinya, tahun depan tue ada lagi AF baru. Apa sebenarnya rasa-rasa kekuatan AF nie yang membuatkan orang melekat gak tengok walaupun dikutuk habis-habisan?[/note]

Jawap jangan tak jawap. Buat Norman KRU dan tenaga-tenaga pengajar lain, semoga AF8 kali nie akan menjadi AF terbaik. Haja Haja Fighting.

Written by AbangNara | February 4th, 2010

pusat sarimah ibrahim

Tak silap kami tadi kot kami terbaca kat Harian Metro komen seorang pembaca pasal Sarimah Ibrahim yang tak sensitif dengan cara pemakaian masa show The Biggest Loser. Terus dengan pantasnya cuba mencarik apa yang dimaksudkan oleh si pengkomen tue. Akhirnya terjumpa jugak gambar si Sarimah menunjukkan pusatnya yang gebu dan comel.

Pendapat peribadi kami, memang kurang sesuai si Sarimah Ibrahim nie pakai macam nie. Lagi-lagi dah kompem keluar kat TV. Comel tue memang la comel. Tak dinafikan. Orang macam Sarimah nie pakai apa pun compem comel. Tapi mesti lagi comel kalau pusat tue ditutup. Atau mungkin Sarimah nak menunjukkan yang perut dia tak ada lemak?

Lagi gambar Sarimah Ibrahim dan pusatnya dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar kredit kepada Blog Selebriti.

 
Written by AbangNara | June 9th, 2009

sarimah ibrahim

Lepas sorang-sorang artis Malaysia kita bercerai. Kali nie giliran Sarimah dengan suami Mat Salehnya, Amir. Nampaknya semakin jadi trend penceraian di kalangan artis Malaysia sekarang nie.

Patutlah dulu bila kami tengok gambar Sarimah nampak dia kurus sangat. Rupa-rupanya tengah makan hati sebab nak bercerai dengan suaminya, Amir.

Yang bagusnya Sarimah nie tak jaja kisah cerai dia. Tup-tup dah cerai. Dan lagi bagus Sarimah still contact suami dia untuk ingatkan tentang Islam.

Iyerlah, takut-takut lepas dah bercerai tak ingat dah pasal Islam nie. Masuk Islam pun sebab nak kawin ngan Sarimah hari tue.

Rasa-rasanya sebab apa ek artis kita nie ramai bercerai? Nak kata tak cun, memang cun diorang nie. Nak kata tak berharta, rasanya lagi kaya dari orang biasa. Nak kata tak beradab, rasanya itu ………….

Apa-apun takziah buat Sarimah. Sorang lagi J kini berada di pasaran.