Semakin berusia, semakin laku pula Ziana Zain ini. Itulah yang dinamakan rezeki. Perlantikan sebagai duta Safi Rania Diamond telah pun dilakukan beberapa hari lepas di Empire Subang. Tahniah diucapkan buat kak Ziana Zain.
Cantik sungguh decoration yang telah dilakukan oleh Qarmasutra Design Studio. Memang menyerlahkan lagi kecantikan Ziana Zain. Pasti selepas ini kak Ziana akan tambah berseri apabila menggunakan Safi Rania Diamond.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Ziana Zain atas perlantikan ini. Lagi 11 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Terima kasih kepada www.qarmasutra.com dan ShahrilNajib kerana sudi berkongsi gambar-gambar ini.
Kalau tahun lepas MasterChef Selebriti Malaysia diserikan dengan kehadiran Azwan Ali, nampaknya untuk musim kedua ini juga akan penuh dengan dramanya yang tersendiri. Seramai 19 selebriti akan bertarung di dalam musim kedua MasterChef Selebriti Malaysia kali ini.
Abang Nara tak sabar nak tengok kehandalan Rozita Che Wan memasak di dapur. Dengar cerita Che Ta siap hadiri kelas masakan untuk persediaan MasterChef Selebriti ini. Pasti hebat. Kehadiran Zain Saidin pastinya akan mewujudkan suasana romantik antara mereka berdua. 19 selebriti yang akan bertarung ialah Afiq Muiz, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Cat Farish, Celina, Enot, Kenchana Devi, Keros Nazri, Lydiawati, Michael Ang, Norish Karman, Radhi OAG, Rozita Che Wan, Sabhi Sadhi, Sathia, Sharifah Shahora, Syanie, Syura, Yahya Yassin dan Zain Saidin. Banyak juga nama-nama yang hebat kan? Namun hebat ke mereka memasak?
Abang Nara pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua ini. Anda pula bagaimana? Siapa yang anda akan sokong? Siapa yang akan tersingkir? Sama-sama kita saksikan bermula 20 April ini di saluran Astro Ria.
Penerbit Eksekutif Primadona, Noor Haina Itam menjelaskan yang kesemua pakaian pengacara Primadona disediakan oleh diri mereka sendiri kecuali Raja Azura. Kata Haina:-
Sejak awal lagi, kita sudah ingatkan kepada mana-mana pengacara bahawa mereka hanya dibenarkan memakai skirt di bawah paras lutut dan Erra serta Rozita mengikut peraturan itu. Jadi, selalunya jika mereka memakai skirt, mereka akan pakai skirt di bawah paras lutut. Namun kita menerima secara positif komen daripada penonton dan selalunya pihak produksi dan pengacara akan berjumpa untuk memperbaiki segala kelemahan. Terima kasih kepada penonton yang prihatin dengan perkara itu.
Haina juga turut memberitahu yang rancangan Primadona adalah program universal dan pengacara akan berpakaian mengikut kesesuaian episod. Haina juga turut menegaskan yang pakaian pengacara-pengacara ini juga semakin sopan sejak kebelakangan ini. Untuk makluman, program Primadona akan bersiaran secara langsung bermula 3 Mei ini dan akan mengekalkan keempat-empat pengacara sama jika tiada aral melintang.
Lama juga rasanya tidak mengeluarkan luahan hati pembaca BeautifulNara. Bukan tidak mahu tetapi memang tiada email menarik yang boleh dikongsikan. Namun semalam, sepucuk email yang melahirkan rasa kecewanya dengan rancangan Primadona berjaya menarik perhatian Abang Nara.
Secara jujur, bagi Abang Nara rancangan Primadona agak menarik kerana topik-topik yang dibincangkan memang santai. Malah gabungan Rozita Che Wan, Erra Fazira, Kak Engku dan Ziela Jalil juga boleh dikatakan berjaya. Namun pembaca ini meluahkan rasa kecewannya kerana pengacara-pengacara ini kurang sensitif dengan status tetamu yang hadir.
Saya ada menonton program bual bicara Primadona yang bersiaran pada 22.03.2013, hari Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Mustika HD. Topik yang dibincangkan pula adalah “Kahwin Muda”.
Manakala tetamu dan artis jemputannya pula adalah, Anne Ngasri, Ustazah Zawiah Hassan, dan Mohd Razlan Mohamed Yusof (Lan Kristal). Apa yang amat mengecewakan saya adalah para pengacara iaitu Erra Fazira, Rozita Che Wan dan Raja Azura serta pihak penerbitan tidak sensitif dengan pemakaian.
Anda menjemput seorang USTAZAH untuk menghadiri rancangan anda tetapi anda sendiri tidak menghormati tetamu itu. Perlu ke untuk memakai pakaian/dress paras lutut. Tidakkan mereka peka dengan pemakaian mereka untuk disesuaikan dengan tetamu jemputan itu.
Memang seksi itu hak mereka tetapi sebagai perempuan yang matang, malah seorang ibu, tidak ada rasa malu ke terhadap ustazah itu. Sama ada pihak penerbitan yang bodoh kerana tidak peka ataupun pengacara itu sendiri yang bodoh kerana mengikut apa yang diberikan oleh oihak wardrobe.
No wonder la status ketiga-tiga pengacara itu pun tah kemana-mana. Saya di sini bukanlah nak memandai-mandai, tetapi sekadar hendak memberi teguran Kalau umur dah tua mcm tu tak boleh nak ditegur, tak payah la nak jadi manusia. Fikir-fikirkanlah.
Saya pun bukanlah sebaik ustazah tersebut. Saya sebagai pelanggan Astro, malah semua pelanggan Astro ni ibarat boss anda semua sebab mana nak dtg duit kalau bukan kami semua yang bayar bil.
Jadi buat la rancangan yang bagus, berminda dan lebih sensitif terhadap sekeliling anda. Harap maaf kalau terkasar bahasa. Terima kasih.
Ada betulnya juga kata si pembaca ini kan? Mungkin selepas ini produser dan para pengacara Primadona akan lebih prihatin. Apa pula kata anda?
P.S: Maxi dress, peplum dress dan blouse yang sesuai untuk hijab fashionista. Berlengan panjang, dan tidak jarang di ilhamkan oleh EDZ. Setiap helai dress dijahit teliti, kemas, dan sangat istimewa. Lawati www.edz.com.my atau butik EDZ di Bandar Baru Bangi. Like Facebook EDZ.