Written by Bella | May 3rd, 2016

Seperti yang anda semua tahu, Instagram bukan sahaja tempat untuk artis berkongsi aktiviti seharian mereka, tetapi menjadi tempat dimana sesetengah netizen cuba untuk mencari kesalahan artis dan memberikan komen yang agak melampau.

Foto ini yang menjadi teguran seorang remaja di Instagram Yuna

Terbaru, penyanyi Yuna telah memberikan pengajaran atau dalam erti kata lain telah “sekolahkan”seorang remaja yang menegur pakaian beliau dalam salah satu foto yang dimuat naik oleh Yuna di akaun Instagram miliknya.

Berikut komen remaja berkenaan :-

Menganggap komen itu agak kurang sopan dari segi budi bahasa dimana perkataan “kamu” digunakan untuk merujuk kepadanya, Yuna telah meninggalkan respon yang cukup mendalam dan padu di akaun Instagram remaja terbabit  @xxsjune.

Ini pula respon Yuna :-

Mungkin niat remaja itu untuk menegur ada baiknya cuma cara beliau itu agak salah. Lagipun, jangan pernah melihat budi pekerti dan sikap seseorang itu hanya daripada pakaian mereka. Ini kerana semuanya lahir daripada dalam hati. Kalau hati bersih, maka baiklah sikap seseorang itu dan sebaliknya.

Sumber Berita : Instagram Yuna