Written by AbangNara | March 30th, 2013

Jutaan tahniah diucapkan buat Nurul Wahab dan suaminya Eric Depp yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Menerusi blognya, Nurul mengumumkan yang dirinya sudah pun hamil 3 bulan hasil perkahwinan mereka yang telah berlangsung 6 Jun 2012 lalu.

nurul wahab hamil

Diharap Nurul dapat menjaga kesihatannya demi anak di dalam kandungan. Untuk makluman, baru-baru ini Nurul telah pengsan akibat kepenatan yang teramat sangat. Jangan kerja berat-berat sangat lepas ini. Pentingkan kesihatan demi anak di dalam kandungan. Semoga segalanya berjalan lancar.

Written by AbangNara | June 12th, 2012

Abang Nara tahu pasti ramai yang akan berkata “Orang tue dah kahwin lama dah, tak payahlah nak upload gambar diorang”, tapi Abang Nara rasa rugi kalau tak share gambar-gambar hasil bidikan FazliPhotoStream ini. Kebanyakan gambarnya tidak pernah dilihat di mana-mana blog dan sangat ekslusif.

gambar nikah nurul dan eric depp

Cantik kan? Terserlah keromantikan dan kebahagiaan pasangan pengantin baru ini. Lagi 29 keping gambar sekitar majlis pernikahan Nurul dan Eric Depp dengan membaca entri ini sepenuhnya. Terima kasih kepada FazliPhotoStream (klik untuk LIKE Facebook) yang sudi berkongsi gambar-gambar ini dengan pembaca BeautifulNara.

 
Written by serenity | June 7th, 2012

Seperti yang kita semua tahu, penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab telah melangsungkan pernikahannya dengan Eric Depp di Duchess Place semalam. Nurul dikatakan menangis terharu saat dia sah menjadi isteri Eric. Ini pula ialah gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar rasmi REDPhotography semalam.


Photobucket
Lagi 5 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada REDPhotography.

 
Written by AbangNara | June 6th, 2012

Kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi, Nurul Huda Abdul Wahab (35 tahun) telah sah bergelar isteri kepada Eric Daniel Depp (47 tahun) dengan hanya sekali lafaz. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada pasangan pengantin ini. Majlis pernikahan telah berlangsung di Duchess Place, Ampang.

gambar nikah nurul huda wahab

Lafaz akad nikah yang dilakukan dalam Bahasa Inggeris menyaksikan Nurul menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran sebanyak EURO5,000 (kira-kira RM20,000). Nurul menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang antaranya berupa produk kecantikan Skinz, minyak wangi Cartier, jam tangan Korloff dan rantai mutiara. Pihak perempuan membalas tujuh dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Pedro, senaskhah Al Quran, sehelai songket, produk kecantikan dan manisan.

Jutaan tahniah sekali lagi kepada Nurul dan Eric Depp atas perkahwinan ini. Semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin ~~ Kredit info dan foto kepada Mstar Online.