Written by AbangNara | April 9th, 2013

Sehingga ke hari ini, masih lagi terasa kehangatan ABPBH2012 yang telah berjalan dengan lancarnya Ahad lepas. Dan setiap kali majlis anugerah, fesyen selebriti-selebriti yang hadir sudah tentu menjadi tumpuan.

nadiya nisaa

Abang Nara paling suka dengan fesyen Nadiya Nisaa. Cantik dan sopan. Tidak perlu seksi dan pelik sangat. Begitu juga dengan Fazura yang jelas terserlah ke”gorgeous”annya dengan dress serba ungu.

nadiya nisaa

Semoga lebih ramai selebriti wanita yang akan mencontohi mereka berdua dan tampil dengan pakaian lebih sopan di dalam majlis-majlis anugerah. Lagi 9 keping gambar Fazura dan Nadiya Nisaa di ABPBH2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fazura dan Instagram Nadiya Nisaa.

 
Written by AbangNara | February 24th, 2013

Nampaknya masalah gigi kuning Abang Nara akan selesai tidak lama lagi. Ini kerana Colgate telah muncul dengan produk Optic White dan melantik si cantik manis Nur Fazura sebagai dutanya. Tak lama lagi confirm Abang Nara akan tampil dengan gigi putih berseri macam Fazura.

nur fazura

Rezeki Nur Fazura pada tahun 2013 nampaknya semakin dimurahkan. Selain dilantik menjadi duta produk Colgate Optic White, Fazura juga kini kembali aktif berlakon. Malah dengar ceritanya, Fazura berharap agar tahun ini dapat mendirikan rumahtangga bersama orang tercinta.

nur fazura

Semoga tahun 2013 akan membawa lebih banyak kebahagiaan, peluang pekerjaan dan rezeki yang lebih banyak buat Fazura. Tahniah diucapkan atas perlantikan ini. Lagi 6 keping gambar Nur Fazura sebagai duta Colgate Optic White dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Colgate Malaysia.

P.S: Google Glass, cermin mata pintar dengan alat kawalan suara

 
Written by AbangNara | November 2nd, 2012

Walaupun sudah tidak menjadi duta Avon, Nur Fazura masih kekal sebagai duta produx Lux. Terbaru, Fazura telah menghadiri majlis perasmian pelancaran produk terbaru Lux yang diberi nama LUX White Impress.

lux fazura

Pemilihan Fazura sebagai duta LUX White Impress memang sesuai sangat. Kedua-duanya mempromosikan kecantikan, keeleganan dan kesegaran. Abang Nara terus terasa nak suruh wife mencuba Lux White Impress nie.

lux fazura

7 lagi gambar si cantik molek Nur Fazura di majlis pelancaran Lux White Impress dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | August 2nd, 2012

Macam kembar. Itu ayat pertama yang terkeluar dari bibir mungil Abang Nara apabila melihat preview kulit hadapan majalah Nona edisi September 2012. Kena tengok 2 kali baru sedar siapa Fazura dan siapa Izara. Namun yang penting, kedua-duanya memang super gorgeous.

izara dan fazura

Agak-agaknya siapakah selebriti yang lebih digemari oleh pembaca BeautifulNara? Fazura atau Izara? Abang Nara nak juga tahu taste pembaca BeautifulNara. Kalau sudi, buat undian anda di bawah. Ini hanya sekadar suka-suka so don’t take it seriously ye.