Written by Bella | May 23rd, 2017

Sekitar bulan lepas, dunia hiburan dikejutkan dengan berita dimana waran tangkap dikeluarkan oleh LHDN terhadap pelakon Nelydia Senrose atas dakwaan beliau gagal untuk membayar cukai pendapatan.

Terkini, Nelydia memberitahu segala isu berkaitan hal cukai tersebut telah selesai dan beliau akui ada terlepas pandang beberapa perkara sebelum ini. Nelydia harap isu itu tidak lagi diperbesarkan.

Saya anggap perkara itu sudah selesai dan tak perlu dipanjangkan. Ada salah faham antara saya dan LHDN.  Saya mengaku khilaf disebabkan ada perkara yang terlepas pandang. Saya patut lihat hal ini dengan lebih mendalam dan teliti.

Terdahulu, Nelydia menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mengkehendaki Nelydia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

Nelydia dilaporkan gagal mengemukakan borang taksiran bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013 dan turut satu lagi tuduhan iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | April 23rd, 2017

Susulan daripada isu mengenai waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah terhadap pelakon Nelydia Senrose yang gagal menghadirkan diri bagi sebutan kes kegagalan membayar cukai pendapatan, pelakon itu semalam menerusi akaun Instagramnya memuat naik bukti resit pembayaran LHDN yang sudah dilakukan pada 4 April lepas bagi cukai taksiran tahun 2013.

Walaubagaimanapun, Nelydia tidak mengemukan bukti bayaran bagi taksiran tahun 2009 sehingga 2012.

Terdahulu, Nelydia  dikenakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah Majistret Shah Alam selepas tidak menghadirkan diri dalam prosiding atas tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), selama lima tahun berturut-turut bermula daripada tahun 2009-2013. Bukan itu sahaja, Nelydia juga turut berhadapan satu lagi pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya memohon perintah waran tangkap dikeluarkan terhadap Nelydia selepas gagal hadir sesi sebutan kes pada 12 April lalu. Saman dikeluarkan terhadap Nelydia pada 11 April.

Jika disabitkan kesalahan Nelydia boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Written by Bella | April 21st, 2017

Pelakon popular, Nelydia Senrose dikenakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah Majistret Shah Alam selepas tidak menghadirkan diri dalam prosiding atas tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), selama lima tahun berturut-turut bermula daripada tahun 2009-2013. Bukan itu sahaja, Nelydia juga turut berhadapan satu lagi pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya memohon perintah waran tangkap dikeluarkan terhadap Nelydia selepas gagal hadir sesi sebutan kes pada 12 April lalu. Saman dikeluarkan terhadap Nelydia pada 11 April.

Jika disabitkan kesalahan Nelydia boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Majistret P. Sarulatha menetapkan 24 Mei depan sebagai tarikh baharu sebutan kes berkenaan.

Sumber Berita :mStar Online