Written by Bella | April 14th, 2017

Berjaya dipilih antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017, Neelofa akui merasa terkejut dan pada masa yang sama teruja ketika mendapat berita tersebut.

Neelofa juga sebenarnya bangga apabila kejayaannya itu mampu membuka mata Forbes kerana pengalaman beliau dalam bidang perniagaan masih lagi baharu. Buat Neelofa ia adalah satu pencapaian paling bermakna didalam hidupnya.

Semestinya saya rasa berbangga, teruja dan pada masa sama terkejut. Saya selalu berpegang kepada kata-kata, tiada yang mustahil dalam hidup ini. Yang penting adalah kualiti dan komitmen kita dalam memberikan yang terbaik kepada pengguna. Saya sendiri sentiasa berusaha untuk menampilkan kelainan dalam setiap produk keluaran Naelofar Hijab.

Syukur kepada Allah, dalam tiga tahun ini, Naelofar Hijab mene­rima pelbagai pengiktirafan. Kali ini, di peringkat antarabangsa. Saya hanya bermula secara kecil-kecilan. Akhirnya, berjaya membuka mata pelbagai pihak dalam dan luar negara.

Neelofa yang merupakan pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang. Umum mengetahui, Neelofa terkenal dengan jenama Naelofar Hijab. Untuk pengetahuan semua, mereka yang tersenarai  dipilih oleh para penilai yang merupakan antara tokoh terkemuka dalam bidang mereka masing-masing.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | April 13th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada Neelofa yang berjaya tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. Neelofa antara 300 individu yang tersenarai dimana ia menampilkan usahawan, penginovasi muda dan mereka yang telah berjaya sehingga terkenal di dunia.

Neelofa yang merupakan pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang. Umum mengetahui, Neelofa terkenal dengan jenama Naelofar Hijab. Untuk pengetahuan semua, mereka yang tersenarai  dipilih oleh para penilai yang merupakan antara tokoh terkemuka dalam bidang mereka masing-masing.

Selain Runcit dan E-dagang, kategori lain termasuklah Teknologi Pengguna, Teknologi Perusahaan, Hiburan dan Sukan, Seni, Kewangan dan Modal Teroka, Industri, Pembuatan dan Tenaga, Penjagaan Kesihatan dan Sains, Usahawan Sosial dan Media, Pemasaran dan Pengiklanan.

Turut termasuk dalam senarai 30 Under 30 Asia itu ialah Kavin Bharti Mittal dari India, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hike Messenger, Josiah Humphrey & Mark McDonald (Australia, Pengasas Bersama Appster), Suboi (Vietnam, artis Hip Hop) Liu Wen ( China, Supermodel Antarabangsa), Chenyao Zhou (China, Rakan Kongsi di Longling Capital), Gibran Huzaifah Amsi El Farizy (Indonesia, Pengasas eFishery), Yuki Shimahara (Jepun, Pengasas LPixel Inc), Daroath Phav (Kemboja, Pengarah WaterSHED), Hyungcheol Lim & Goeun Choe (Korea Selatan, Pengasas Bersama Gameberry).

Kriteria pemilihan bagi senarai tersebut termasuklah kepimpinan dan inovasi dalam bidang mereka, pemikiran keusahawan dan keputusan yang dicapai, serta kemungkinan menukar bidang mereka dalam tempoh separuh abad akan datang. Forbes menerima lebih 1,200 penyertaan , tetapi hanya 300 pemohon memasuki senarai akhir.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | March 20th, 2017

Kejayaan yang dicapai oleh Neelofa di usia yang muda, menjadi idaman bagi setiap wanita diluar sana. Neelofa membuktikan beliau mampu untuk mengukuhkan namanya bukan sahaja di dalam industri hiburan tetapi membina empayar beliau sendiri menerusi perniagaannya.

Baru-baru ini, Neelofa ada memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya dimana beliau sedang menjalani sesi fotografi bagi majalah terkenal luar negara, Forbes. Wah, bukan calang-calang orang yang boleh muncul di dalam majalah berkenaan.

Ramai peminat Neelofa yang cukup teruja dan memuji beliau kerana terpilih untuk muncul di Forbes.

Tahniah kami ucapkan kepada Neelofa kerana telah membuktikan bahawa seorang wanita juga boleh sukses sehingga ke tahap yang agak tinggi. Neelofa boleh menjadi inspirasi buat wanita-wanita di luar sana untuk tidak terus mengalah dalam apa yang dilakukan.