Written by AbangNara | September 25th, 2012

Ternyata teknologi yang moden di zaman sekarang ini telah mematikan banyak selebriti Malaysia. Sebentar tadi, telah tersebar menerusi Twitter dan BBBM khabar Malique Too Phat meninggal dunia. Namun berita kematian Malique Too Phat ini adalah palsu.

malique too phat meninggal dunia palsu

Dan menurut Twitter MalaysianHipHop, Malique Too Phat juga tidak menderita sakit kanser otak seperti yang diperkatakan oleh ramai orang. Malique sihat walafiat tanpa sebarang masalah kesihatan.
malique too phat meninggal dunia palsu

Semoga penyebaran berita palsu ini dapat dihentikan. Sama-samalah kita doakan agar Malique dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk terus memberi karya yang hebat.

Written by AbangNara | September 25th, 2012

Sebelum apa-apa, Abang Nara nak bagitau yang Abang Nara suka bebenor dengan lagu Teman Pengganti nyanyian Black dan Malique. Lirik lagunya memang sedih mencengkam jiwa. Siap ada orang email Abang Nara tanya betul ke si Malique tue sakit sebab lirik lagunya sedih sangat. Itu nanti Abang Nara akan cuba cari kesahihannya tapi sekarang meh kita bercerita tentang Black.

kekasih baru black

Semalam Abang Nara menerima sepucuk email yang berkongsikan 2 keping gambar Black bersama seorang wanita. Menurut si pengirim email, wanita ini bernama Nana. Nana sering dilihat bersama dengan Black setiap kali Black ada show. Daripada gambar yang diambil, nampaknya hubungan mereka rapat. Adakah ini kekasih Black?

kekasih baru black

Kalau betul, tahniah Abang Nara ucapkan kepada Black. Diharap tidak lama lagi akan bertunang dan seterusnya mendirikan rumah tangga. Kalau salah, maafkanlah diri ini. Apa pun suara Black masa nyanyi lagu Teman Pengganti memang mantap habis. Meremang bulu roma Abang Nara dibuatnya.

P.S: Video pembikinan sore eyes 5 days MC.

Written by AbangNara | March 30th, 2012

Sebelum ini Abang Nara ada menulis tentang lirik lagu Bawaku Pergi yang dikatakan mengalakkan remaja lari daripada rumah. Nampaknya isu ini telah pun sampai kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menentukan pengharam lagu ini.

lagu bawaku pergi diharamkan

Lagu yang dinyanyikan oleh Zizan Raja Lawak dan penyanyi baru Kaka ini dikatakan mengandungi mesej yang agak tidak sesuai kepada mereka yang mendengarnya. Namun apabila diminta untuk mengulas isu ini, Zizan berkata kepada portal Murai:-

Ia hanya lagu sahaja untuk hiburan pendengar dan bukan ada maksud nak menghasut remaja untuk lari dari rumah. Saya rasa orang kita sekarang bijak dan tidak sebodoh itu menilai lirik lagu saya itu kerana ia hanyalah sebuah lagu dan cerita fantasi percintaan. Kebiasaan lirik sebuah lagu itu adalah angan-angan dan fantasi seseorang, sama juga seperti contoh lirik ‘ku menunggumu seribu tahun’ tapi realistik atau tidak lirik itu dengan kehidupan kita? Samalah dengan lirik lagu ini. Tak mungkin dengan lagu sahaja boleh mempengaruhi seseorang. Kalau begitu bagaimana pula dengan filem-filem Gangster dan Rempit pula? Tidak semestinya lepas orang menonton filem itu terus mereka melakukannya kerana ia hanya sebuah filem untuk hiburan sahaja

Sementara itu pencipta lagu Bawaku Pergi iaitu Malique Too Phat berkata kepada wartawan Mstar yang lirik lagu tersebut adalah imaginasi dirinya untuk bercuti bersama isteri, Melissa Maureen Rizal ke Bali, Indonesia. Kata Malique:-

Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika pihak yang kurang matang yang mendengar lagu saya bertindak bodoh, itu bukan hal saya.Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Yang patut diharamkan ialah orang yang mengusul perkara ini.

Apa pendapat anda?

Written by AbangNara | November 18th, 2008

Taknak cerita banyak. Tengok ajer gambar Malique Too Phat dan tatoo/tatu kat bahagian depan badan(dada) dan belakang lehernya, Apa nak jadi dengan artis Malaysia sekarang nie?!!!