Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(GAMBAR)Sekitar Press Conference Projek Alpha

Wednesday, August 26th, 2009

press conference projek alpha

Sungguh terserlah kehenseman dan kekacakan Abang Nara semalam semasa Press Conference Projek Alpha – Uncovering Top Malaysia Bloggers. Banyak jugak media-media bercetak yang datang untuk cover event nie. Lepas nie kalau tak ada aral melintang memang makin femeslah BeautifulNara nie.

Sedikit teka-teki untuk anda semua. Cubalah teka berapakah umur Abang Nara sebenarnya. Ramai yang cakap Abang Nara awet muda. Tapi betul ke umur dia muda lagi? Hehehe.

Lagi gambar sekitar press conference Projek Alpha dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Kak Nara pun sempat nak interframe lagi kat press conference nie.

(more…)

Sidang Akhbar Projek Alpha Untuk 7 Malaysia Top Bloggers Sekarang

Tuesday, August 25th, 2009

projek alpha

Di saat anda sedang membaca artikel ini, ketahuilah bahawa sesungguhnya pemilik BeautifulNara – Blog Hiburan Paling Sensasi sedang berada di Sunway Pyramid untuk menghadiri satu sesi sidang akhbar bersempena dengan Projek Alpha.

7 Malaysia Top Bloggers iaitu Kenny Sia, Budiey, RedMummy, Nicole Kiss, FourFeetNine, SixthSeal dan BeautifulNara berkemungkinan besar sedang berjalan di atas pentas untuk memperkenalkan diri masing-masing. Berkemungkinan besar host Projek Alpha, Jojo Struys akan turut bertanyakan satu dua soalan kepada 7 bloggers ini.

Persoalannya ialah, siapakah yang akan naik ke atas pentas untuk mewakili BeautifulNara? Adakah Abang Nara yang akan berjalan dengan kacaknya di atas pentas? Atau akhirnya Kak Nara akan memunculkan dirinya? Silalah spekulasi.

Projek Alpha dibawakan khas untuk anda oleh:-

  1. Hitz. FM
  2. Adidas Action 3
  3. Sunway Pyramid and Sunway Lagoon Park
  4. Nuffnang
  5. Rimmel London Make Up