Written by AbangNara | March 27th, 2013

Baru-baru ini ketika berjalan-jalan di KLCC, Abang Nara terserempak dengan Lisa Surihani. Memang baik sangat orangnya. Sempat kami berborak-borak dengan Lisa yang ditemani oleh ibu dan abangnya. Mereka memang sangat-sangat peramah dan sporting. Terharu sangat dibuatnya.

lisa surihani birthday

Semoga Lisa Surihani akan terus kekal mesra dengan peminatnya seperti yang dilakukan sekarang. Selamat hari jadi yang ke 27 buat Lisa. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan cepat-cepat dapat menimang cahaya mata.

lisa surihani birthday

Lagi 7 keping gambar majlis sambutan hari jadi Lisa Surihani dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Bila haiwan interframe dalam gambar.

 
Written by AbangNara | January 14th, 2013

Malang memang tidak berbau. Dan yang ini bukan sahaja tak berbau, malah tak akan disedari jika ibu Lisa Surihani tidak cuba mengeluarkan wang pada hari Jumaat lalu. RM50,000 adalah satu jumlah yang sangat besar lebih-lebih lagi kepada rakyat marhaen seperti Abang Nara ini

lisa surihani

Ketika ibu Lisa Surihani membuat semakan baki kira-kira jam 10.30 pagi di Bangi, dia menyedari jumlah baki yang ada berkurangan daripada apa yang sepatutnya.  Pihak bank kemudiannya memberitahu yang kad ATM miliknya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.

lisa surihani

Laporan polis telah pun dilakukan dan siasatan kini sedang dijalankan. Semoga Lisa tabah dengan dugaan ini. Sekarang ini memang macam-macam cara penipuan yang wujud. Diharap pembaca BeautifulNara turut berhati-hati. Masa keluarkan duit, sila perhatikan kiri kanan depan belakang dulu.

P.S: Tin minuman soda versi Angry Bird

Written by AbangNara | August 22nd, 2012

Oh yeah ~~ Hari ini sudah masuk hari raya keempat dan masih ramai yang berada di kampung halaman masing-masing. Abang Nara sudah pun selamat pulang daripada Kelantan dan kini sedang beraya di KL pulak. Namun itu semua tidak penting kerana kita mahu melihat kecomelan pasangan suami isteri, Lisa dan Yusry di pagi raya.

lisa surihani yusry

Baju sudah tentulah kena sedondon. Kedua-dua pasangan ini memang kelihatan sangat bahagia. Sama-samalah kita doakan agar kebahagiaan mereka ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Dan semoga mereka berdua cepat-cepat dikurniakan cahaya mata. Pasti akan cute gila macam mak ayahnya.

lisa surihani yusry

7 lagi gambar Lisa Surihani dan Yusri di Syawal dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 26th, 2012

Tahun ini sungguh ramai selebriti tempatan yang berhari raya dengan status baru. Salah seorang daripada mereka ialah Lisa Surihani. Pasti Lisa teruja untuk bangun pagi menyediakan sahur buat suami tercinta, Yusry. Abang Nara yakin mereka berdua tak sabar untuk berhari raya sebagai pasangan suami isteri untuk pertama kalinya.

lisa yusry

Sehingga hari ini, masih belum ada berita gembira tentang cahaya mata yang Abang Nara dengar daripada pasangan ini. Semoga Ramadhan kali ini memberi rezeki yang murah kepada mereka untuk bergelar ayah dan ibu. Abang Nara pasti mereka berdua pun dah tak sabar untuk menimang cahaya mata sendiri. Sama-samalah kita doakan.