Written by AbangNara | February 10th, 2014

Abang Nara memang teringin dari dulu lagi untuk buat “photoshoot” untuk anak yang tercinta. Namun biasalah bila dah lahir si anak, kadang-kadang sibuk sangat sampai tak sempat nak buat apa yang dirancang. Namun begitu, dengan kerjasama The Photolicious, Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha telah merakamkan detik-detik indah anaknya, Kayla Elyana pada usia 6 hari. Comel sangat-sangat!!!

kayla elayna anak apek leuniey

Namun agak menyedihkan apabila ada pihak yang menyatakan kelahiran Kayla Elayna tidak membawa tuah semata-mata kerana kekalahan Kelantan di dalam perlawanan bola sepak. Rendah sungguh mentaliti orang tersebut. Memang memalukan bagi Abang Nara melihat masih ada orang yang berfikiran begini. Fikirkanlah perasaan mak ayah anda sekiranya anda dikatakan “bad luck” oleh seseorang. Pasti bengang tahap tertinggi punya.

kayla elayna anak apek leuniey

Buat Apek dan Leuniey, abaikanlah sahaja orang sebegini. Memang tak ada akal punya orang. Komen yang ditaip pun menunjukkan betapa hatinya sangat busuk dan tidak senang melihat kebahagiaan anda. Yang penting berikan 100% tumpuan membesarkan Kayla Elayna. Berikan kasih sayang yang secukupnya. Pedulikanlah orang lain.

kayla elayna anak apek leuniey

Lagi beberapa gambar si comel Kayla Elayna dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada ThePhotolicious.

 
Written by AbangNara | February 6th, 2014

Alolololo comelnya buah hati pengarang jantung si puteri sulung Leuniey Natasha dan Khairul Fahmi ini. Si comel ini telah pun diberikan nama Kayla Elyna. Cantik namanya. Pasti besar nanti akan secantik emaknya. Sekali pandang, Kayla seiras dengan wajah Apek. Orang kata baby girl kalau muka macam ayah besar nanti confirm cun melecun.

nama anak apek

Semoga Kayla Elayna membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah apabila dewasa kelak. Kepada Apek dan Leuniey, tahniah sekali lagi atas kehadiran cahaya mata anda. Selamat menjadi ibu dan ayah. Lagi beberapa gambar Kayla Elayna dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

nama anak apek

P.S: Anda semua dijemput hadir ke Seminar Usahawan Milenium akan diadakan pada 9 feb 2014 di dewan Astana Era Mewah, Paya Jaras. 150 peserta yang awal akan menerima cenderamata. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari www.janaincome.com.my atau Facebook Seminar Usahawan Milenium.

 
Written by AbangNara | October 1st, 2013

Makin berseri pula wajah Leuniey Natasha ini. Inilah keajaiban mengandung. Walaupun kandungan semakin membesar dan pastinya makin berat, namun keceriaan tetap terserlah di wajah isteri penjaga gol Kelantan ini. Pasti Leuniey dan Apek semakin teruja menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka.

leuniey natashaComel kan? Memang makin terserlah “baby bump” di perut Leuniey Natasha. Kalau orang tua-tua pasti sudah dapat meneka jantina bayi dalam kandungan. Apa pun Abang Nara nak nasihatkan agar Leuniey tidak menonton perlawanan kedua antara JDT dan Kelantan nanti. Takut-takut naik pula darah melihat aksi penuh mendebarkan.

leuniey natasha

Semoga Leuniey dan kandungannya akan terus sihat sejahtera hingga hari kelahiran nanti. Sama-samalah kita doakan. Beberapa lagi gambar Leuniey Natasha dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Leuniey Natasha.

 
Written by AbangNara | August 12th, 2013

Walaupun gagal menepis tandukan lemah Cesc Fabregas ketika menentang Barcelona baru-baru ini, persembahan Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama Apek pada malam tersebut harus dipuji. Kecekapan Apek menjaga gol memastikan Malaysia kalah dengan penuh bermaruah.

lisa surihani raya

Apa-apa pun, Abang Nara salute dengan pengorbanan pemain bola sepak Harimau Malaya beragama Islam yang sanggup mengorbankan cuti Hari Raya mereka untuk beraksi menentang Barcelona baru-baru ini. Bukan senang, lebih-lebih lagi buat Apek yang baru pertama kali berhari raya dengan isterinya, Leuniey Natasha.

lisa surihani raya

Leuniey nampak semakin berseri-seri sejak kehamilannya. Tahun depan pasti lebih meriah raya pasangan ini dengan kehadiran orang ketiga. Semoga segalanya berjalan lancar buat mereka. Lagi 6 keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.