Written by serenity | November 16th, 2011

Dalam senarai antisipasi kami, ada filem KIL jua. Filem ini dibikin oleh Flux Visual Lab, yang turut mengeluarkan filem pendek, Lightbulb. Filem ini khabarnya akan ditayangkan sekitar Mac 2012. Flux Visual Lab ni memang awesome bab-bab sinematografi ni, ini boleh kita perhatikan melalui treler filem KIL dan juga filem pendek Lightbulb–gerak kamera dan penataan cahaya yang ‘hidup’. Yang terbaik jua kami pernah tengok untuk filem Malaysia setakat ini. Filem ini dibintangi oleh Redza Minhat, Cristina Suzanne Stockstill, Harun Salim Bachik dan Dira Abu Zahar dan diarahkan oleh Nik Amir Mustapha.


Filem ini mengisahkan Akil (KIL), seorang anak muda yang murung dan mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Tetapi, dia masih tidak berani untuk membunuh diri. Percubaannya untuk mati sentiasa gagal dengan jayanya sehingga dia terjumpa dengan satu penyelesaian yang sempurna, iaitu satu agensi pembunuhan yang aneh. Dengan mengupah agensi ini untuk membunuhnya, pembunuhan yang bakal dilakukan adalah tidak dijangka oleh individu yang hendak mati itu. Dia tidak akan tahu nama pembunuh upahan dan bila atau di mana dia akan mati. Ini ialah sesuatu yang ideal untuk KIL, sehingga dia jatuh cinta pada seorang gadis yang baru ditemuinya, Zara. Secara tiba-tiba, dia mula ragu-ragu tentang niat asalnya untuk membunuh diri. Ironik, bukan? Ini treler filem ini.

Lagi 19 keping gambar screenshots filem KIL dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar pada Facebook KIL.