Written by Bella | March 9th, 2015

Pada hari Sabtu yang lalu, kita digemparkan dengan cerita panas bahawa pelakon Putri Mardiana sekali lagi telah ditangkap khalwat bersama kekasihnya Shahrizam Abdullah ataupun lebih dikenali sebagai E-Jump.

Lebih hangat lagi, pasangan dua sejoli ini telah dicekup di kediaman milik isteri E-Jump, Nor Hasni di Subang Jaya. Perkara tersebut juga telah disahkan oleh isterinya.

Susulan penangkapan tersebut, pelbagai spekulasi mula melanda di media massa serta media sosial. Ramai yang beranggapan Putri Mardiana telah membuat masyarakat memandang serong kepada status janda.

Walaupun sedang dihimpit kontroversi, Putri Mardiana enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut.

Putri Mardiana dan E-Jump kali pertama diserbu pada Disember tahun lalu di sebuah kondo di Ukay Perdana.   Namun, pelakon tersebut mendakwa ada individu yang cuba memerangkap beliau dan memberikan alasan E-Jump hanya sekadar singgah untuk melepaskan dahaga selepas menghantar beliau ke rumah dan tidak melakukan sebarang perkara tidak senonoh.

Kenapa sekarang sudah tiada komen? Mahu mencari alasan baru untuk menutup kesalahan ke? Apa-apa pun jika anda berdua sudah saling mengasihi adalah lebih baik untuk lekas-lekas mendirikan rumah tangga. Tiadalah fitnah dan gosip hangat lagi kan?

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | March 7th, 2015

Pelakon Putri  Mardiana dan kekasihnya Shahrizam Abdullah ataupun lebih dikenali sebagai E -Jump sekali lagi telah ditangkap basah pada awal Sabtu pagi.

Mereka telah ditangkap berkhalwat di kediaman isteri kepada E-Jump, Nor Hasni Md. Hashim pada jam 4 pagi di USJ 1, Subang Jaya. Nor Hasni juga telah mengesahkan berita penangkapan tersebut walaupun beliau tidak ingin memberikan komen lanjut mengenainya.

Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah.

Sebelum ini, Putri Mardiana dan kekasihnya itu pernah ditangkap khalwat di sebuah kondo do Ukay Perdana. Namun, pelakon tersebut mendakwa E-Jump hanya sekadar singgah untuk melepaskan dahaga selepas menghantar beliau ke rumah dan tidak melakukan sebarang perkara tidak senonoh.

Sudah dua kali pasangan ini ditangkap berdua-duaan, mungkin kali pertama mereka boleh memberikan alasan sekadar singgah untuk minum air, apa pula alasan untuk penangkapan kali kedua ini? Apatah lagi mereka di cekup di kediaman isteri E-Jump. Aduh, tidak dapat kami bayangkan betapa hancurnya hati seorang isteri meskipun kes cerai mereka belum selesai.

Sumber Berita: Astro Gempak

Written by AbangNara | December 17th, 2014

Antara Putri Mardiana dan JAIS, salah seorang daripada mereka sedang bercakap benar. Mana tidaknya, untuk kes yang sama, Putri Mardiana memaklumkan yang kes khalwat membabitkan dirinya telah selesai sementara pihak JAIS pula memberitahu yang siasatan lanjut akan dijalankan. Menurut Putri Mardiana, kes tersebut tidak akan dibawa ke JAIS atau mahkamah namun menurut pihak JAIS, siasatan lanjut akan diadakan hari ini di mana Putri Mardiana diminta hadir ke pejabat JAIS.

putri mardiana

Putri Mardiana juga bercakap panjang lebar mengenai kes khalwatnya yang dikatakan berpunca daripada sikap dengki bekas teman lelakinya. Malah Putri Mardiana juga enggan memikirkan komen-komen negatif daripada orang ramai mengenai kes khalwatnya. Ini ialah kata-kata yang dikeluarkan oleh Putri Mardiana:-

Semuanya telah pun selesai kerana semasa kejadian di rumah, tiada apa-apa yang berlaku di antara kami. Kes berkenaan juga tidak akan dibawa ke Jais atau pun mahkamah.

Saya tidak akan panjangkan perkara itu kerana rasanya meraka sudah berpuas hati dapat memalukan saya seperti itu. Tiada gunanya hendak membalas dendam kerana apabila mereka letih nanti mereka akan diam sendiri.

Biasalah mulut orang dan saya tidak mampu melakukan apa-apa untuk menghentikan daripada mereka terus bercakap perkara buruk tentang saya. Paling penting saya dan keluarga tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku dan ia sudah memadai

Sementara itu ini kata-kata pihak JAIS yang mengesahkan bahawa kes ini akan ditentukan oleh mahkamah.

Bersalah atau tidak itu mahkamah yang akan tentukan malah dia sebenarnya diarahkan untuk hadir ke Jais pada hari Rabu (hari ini) untuk siasatan lanjut

putri mardiana

Sama-samalah kita nantikan perkembangan kes ini. Tak sabar rasanya nak tahu pihak mana yang bercakap benar dan pihak mana yang berbohong. Apa kata anda?

Written by AbangNara | December 15th, 2014

Bagus sungguh Putri Mardiana ini. Adab melayan tetamu memang terbaik. Pasti hilang dahaga di tekak pihak JAIS yang menangkap dirinya berkhalwat dengan Shahrizam Abdullah yang dikenali sebagai Ejump. Menarik juga Abang Nara membaca kisah tangkapan yang diceritakan dari sudut Putri Mardiana ini. Ada 2 perkara penting yang ingin disampaikan olehnya iaitu tangkapan ini dirancang oleh bekas teman lelakinya dan kedua Ejump sekadar masuk ke rumah untuk minum air selepas menghantar dirinya pulang.
putri mardiana ditangkap khalwatPutri Mardiana turut memaklumkan yang dirinya memang sudah merancang untuk berkahwin dengan Ejump yang merupakan suami orang. Untuk makluman, Putri Mardiana sering menemani Ejump menghadiri prosiding kes penceraiannya. Hari ini, kes tersebut telah selesai dan Ejump sudah melafazkan cerai terhadap isterinya. Susulan itu, Putri Mardiana dan Ejump merancang untuk berkahwin tahun hadapan.

ejump

Ikuti penjelasan panjang lebar mengenai kes tangkap khalwatnya di bawah:-

Saya ke mahkamah hari ini tadi, kerana kes perceraian teman lelaki saya. Hari ini kami mengambil surat cerai Ejump dan syukur kes itu sudah selesai. Teman lelaki saya bukan lagi suami orang sebenarnya dan selama ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu. Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau tiada aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun depan.

Apa yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana orang tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya. Namun, saya tahu dan kenal dengan pihak yang merancang perkara ini (ditangkap khalwat). Saya sebenarnya di ‘prank’ bekas teman lelaki saya dan juga mendapat tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri Ejump. Mereka bersepakat untuk kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat.

Kemudian JAIS datang (selepas Ejump masuk untuk minum air) dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. Kami tak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami tidak buat apa-apa. Kami pun masih dalam keadaan berbaju lengkap. Saya siap jemput JAIS minum dan mereka jadi serba salah.

Sebenarnya bekas teman lelaki saya itu adalah kawan baik kepada Ejump. Sewaktu saya bersama dengan bekas kekasih saya itu, Ejump tahu banyak tentang kami. Malah Ejump tahu yang dia pernah pukul saya. Sehinggalah kami putus dan saya semakin rapat dengan Ejump sebab dia banyak memberi semangat pada saya.

Keluarga sudah tahu hubungan kami tetapi buat masa ini kami tak berhasrat percepatkan pernikahan sebab kami bukan mahu kahwin kerana perkara itu (ditangkap khalwat). Saya terima dan terpaksa hadap semua ini. Saya tahu memang ada pihak yang tidak boleh tengok saya bahagia dan ada saja yang dengki.

Tak mengapalah, hari ini mungkin hari saya. Terima kasih pada pihak yang telah buat saya popular. Kalau ini cara dapat puaskan hati dia, kami dah puaskan hati dia. Apa yang penting sekarang ini, anak-anak saya selamat.

putri mardiana ditangkap khalwat

Nasihat Abang Nara, tak payahlah tunggu tahun depan nak kahwin. Nikah je dulu. Buat apa yang wajib. Alang-alang dah kena tangkap basah. Tak kiralah kena prank ke masuk dalam sekadar minum air ke. Yang penting memang berdua-duaan. Tak gitu? Apa pula pendapat anda? Sumber MalaysianDigest.