Written by Bella | May 19th, 2017

Baru sahaja berkahwin dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 30 April lepas, pelakon Juliana Evans akui beliau tidak mahu terburu-buru menimang cahaya mata dan ingin bermanja bersama suami tercinta dahulu.

Saya bukanlah mahu merancang, tetapi rasanya kami takkan menimang cahaya mata dalam masa terdekat. Saya mahu melayari hidup berdua dengan suami dulu, kemudian barulah boleh fikirkan soal anak. Lagipun, kami baru saja berkahwin, jadi biar stabil dulu semua fasa yang sedang dilalui sekarang.

Dalam pada itu, Juliana yang bernikah secara tertutup sebelum ini di Shah Alam memberitahu beliau dan suami bakal mengadakan majlis resepsi secara besar-besaran pada bulan Oktober depan.

Juliana mahu mengundang lebih banyak tetamu berbanding hari pernikahan beliau termasuklah rakan media.

Sumber Berita : BH ONLINE