Written by AbangNara | March 10th, 2012

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Harith Iskandar yang telah bergelar seorang ayah pada 8 Mac 2012. Isterinya, Jezamine Lim telah selamat melahirkan seorang bayi seberat 3.89kg dan diberi nama Zander Xayne Iskander.

gambar anak harith iskandar

Abang Nara masih tak dapat tangkap jantina anak Harith Iskandar berdasarkan nama yang diberi. Rasa-rasa macam anak lelaki. Apa-apa pun, tahniah kepada Harith dan isteri. Dan untuk anda yang bosan di hujung minggu, jangan lupa saksikan program Lawak Ke Der di channel Astro 130. Sila tekan butang merah untuk membeli. Lawak Harith Iskandar dalam Lawak Ke Der memang superb.

Update: Zander Xayne Iskander ialah seorang lelaki seperti yang diberitahu menerusi Twitter Harith Iskandar.

Update: Gambar Zander Xayne Iskander.
Tembam, kan?

Written by AbangNara | February 3rd, 2012

Baru-baru ini Abang Nara pernah keluarkan entri gambar perut isteri Harith Iskandar, Jezamine Lim yang mengandung 8 bulan. Gambar tersebut telah dikongsi menerusi Twitter oleh Harith Iskandar. Akibatnya perkongsian gambar tersebut, ramai yang menyatakan rasa tidak senang kerana ianya agak tidak sesuai dengan norma masyarakat kita.

gambar jezamine lim

Dan Harith Iskandar hari ini menerusi Mstar telah pun memohon maaf kepada mereka yang agak sensitif dengan perkongsian gambar tersebut. Menurut Harith, dia hanya sekadar mahu berkongsi kegembiraan dan keterujaan bergelar bapa. Kata Harith:-

Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut ‘Twitter’ saya. Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu.

 

Abang Nara pun sebenarnya sama teruja dengan Harith Iskandar sebab tak lama lagi pun nak bergelar ayah jugak. Doakanlah agar wife kami berdua akan selamat melahirkan anak yang sempurna sifatnya. Amin ~~

Written by AbangNara | January 25th, 2012

Untuk anda yang tidak tahu atau pura-pura buat tidak tahu, Jezamine Lim ialah isteri kepada Harith Iskandar. Dan saat ini, mereka berdua sedang menunggu kelahiran anak sulung mereka. Sebentar tadi, Harith Iskandar telah berkongsi gambarnya dan isteri yang sudah mengandung 8 bulan melalui twitter.

harith iskandar dan isteri

Comel kan? Harith Iskandar ternyata masih mampu membuat lawak tentang kadar kebuncitan perutnya dan isteri.

harith iskandar dan isteri

Apa pun, Abang Nara yakin mereka berdua sedang excited menunggu kelahiran anak sulung mereka. Abang Nara doakan agar semuanya berjalan lancar. Follow Harith Iskandar di Twitter untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan kandungan mereka berdua.

Written by AbangNara | April 7th, 2011

jezamine lim shape

Cantik memang cantik body Jezamine Lim nie, tapi perlu ke sampai berpakaian begini? Hmmmm….

p/s: badan boleh jadi Curvy dengan pakai corset ni…[klik utk info]