Written by AbangNara | March 10th, 2013

Jalani Sidek, bekas suami pengarah popular, Raja Azmi dilaporkan telah selamat berkahwin dengan seorang ahli perniagaan iaitu Zaleha Mohd Khalid. Sebelum ini, hubungan mesra antara Jalani dan Zaleha telah pun menjadi perbualan banyak pihak, malah diketahui oleh Raja Azmi sendiri.

jalani sidek zaleha

Berita gembira ini telah dilaporkan melalui Pancaindera hari ini menerusi ruangan Laser Miss J. Menurut sumber, tarikh perkahwinan Jalani dan Zaleha tidak diketahui sama ada sebelum atau selepas penceraian berlaku. Apa pun, semoga Jalani bahagia bersama isteri barunya. Tahniah diucapkan.

P.S: Sejarah terciptanya pokok tembakau

Written by AbangNara | September 2nd, 2012

Kalau anda masih ingat, Jalani Sidek satu ketika dahulu pernah dikaitkan dengan wanita yang bernama Zaleha ini. Nampaknya hubungan kedua-dua manusia ini kelihatan semakin mesra selepas Jalani disahkan bercerai dengan isterinya, Raja Azmi. Menurut B*pop hari ini, Jalani dan Zaleha telah pun menyambut Syawal bersama-sama.

jalani dan zaleha

Daripada gambar di atas pun Abang Nara dapat bayangkan kemesraan Jalani dan Zaleha. Tak salah kalau katakan nampak macam pengantin baru. Abang Nara rasa molek benar kalau kedua-duanya berkahwin. Alang-alang dah single mingle. Lagi cepat kahwin lagi bagus kot. Namun Zaleha ada jawapannya tersendiri apabila ditanya tentang perkahwinan dengan Jalani.

Itu soalan cepu emas… Soal jodoh, ajal dan maut semuanya ketentuan Allah SWT. Saya tidak mahu membesarkan isu ini, saya juga tidak terfikir mahu menunjuk-nunjuk dalam situasi ini, tapi wartawan dapat menghidunya. Hakikatnya saya tidak boleh lari dari kenyataan, saya dan Jalani tetap bersama. Soal sejauh manakah hubungan saya dan Jalani, ia terlalu peribadi untuk diperkatakan. Banyak hati yang perlu dijaga.

Tak apalah. Mungkin Zaleha dan Jalani ada perancangan mereka tersendiri. Sama-samalah kita doakan agar mereka berdua cepat-cepat dipertemukan jodoh. Nampak memang dah sangat mesra dah. Keluarga Zaleha pun nampak macam menerima Jalani. Abang Nara doakan agar hubungan mereka akan berakhir ke jinjang pelamin satu hari nanti.

Written by AbangNara | June 28th, 2012

Semalam Abang Nara sempat membeli Harian Metro untuk membaca lebih lanjut tentang kes penceraian Raja Azmi dan Jalani Sidek. Untuk makluman, mereka berdua sudah pun berkahwin selama 28 tahun dan dikurniakan 3 orang anak. Pastinya ramai yang hairan mengapa Raja Azmi mahu bercerai di kala usia perkahwinan yang sudah begitu lama.

raja azmi cerai

Berikut ialah penjelasan panjang lebar Raja Azmi menerusi Harian Metro semalam untuk tatapan anda semua:-

Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu. Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami.

Antara fitnah itu, saya dituduh ada skandal dengan Roslin Hashim sedangkan semua itu tidak benar sama sekali. Sejak fitnah itu tersebar terutama dalam Internet, Jalani dilabel sebagai dayus dan takut isteri.

Tuduhan itu sangat keterlaluan dan saya tak sanggup lagi membiarkan orang terus mencemuh Jalani. Selama ini ramai saudara-mara dan sahabat karib tahu Roslin sudah macam ahli keluarga kami.

Jalani suami yang sangat penyayang dan ayah yang terlalu baik kepada anak kami. Jadi saya tak rela lagi melihat reputasi Jalani terus terjejas dengan kemelut kontroversi saya sehingga memberi tempias ke atas dirinya.

Kami cuba menyelamatkan perkahwinan ini dengan berbincang dan mencari pelbagai jalan penyelesaian, tapi ia masih gagal. Kami juga pernah mendapatkan khidmat kaunseling, namun tetap gagal.

Anak kami semuanya faham dengan situasi yang kami hadapi. Mereka sudah matang dan mengerti bahawa keluarga kami adalah mangsa fitnah.

Siapa yang berkahwin untuk bercerai? Malah esok(hari ini)ulang tahun hari jadi saya. Apa lagi yang boleh saya katakan selain memohon petunjuk dan hidayah agar saya dan Jalani terus diberikan kekuatan meneruskan hidup.

Untuk semua di luar sana, saya ingin tegas bahawa inilah bahaya fitnah. Mungkin kepincangan yang berlaku dalam perkahwinan kami selama ini salah saya sendiri.

Saya akur dengan kelemahan diri dan akan cuba memperbaikinya. Saya juga berharap satu hari nanti Jalani akan bertemu dengan wanita yang lebih dalam hidupnya.

Jalani pula hari ini menerusi Berita Harian menjelaskan bahawa penceraian mereka tidak ada kaitan dengan orang ketiga sebaliknya hanya mahu memberikan kebahagiaan kepada Raja Azmi yang tidak putus-putus dilanda kontroversi sepanjang perkahwinan mereka.

Written by AbangNara | June 28th, 2012

Raja Azmi dan suaminya, Jalani Sidek telah disahkan bercerai semalam di Mahkamah Syariah Gombak Timur. Yang mengkagumkan Abang Nara ialah tahap keredhaan yang ditunjukkan oleh Raja Azmi terhadap penceraian ini. Raja Azmi menggangap semuanya ini sebagai hadiah daripada Allah atas kesilapannya selama ini.

raja azmi sah cerai

Kata Raja Azmi kepada wartawan Mstar Online:-

Saya percaya perceraian ini adalah hadiah daripada Allah bersempena sambutan hari lahir saya pada hari ini (Rabu). Saya terima hukuman Allah di dunia ini kerana kesilapan saya. Semoga saya tidak dihukum di akhirat nanti. Kami bercerai dengan persetujuan bersama dan anak-anak memahami serta menerimanya. Hubungan saya dan Jalani akan terus baik seperti biasa selepas ini.

Semoga Raja Azmi tabah menghadapi dugaan ini. Apa pun diharap hubungan baik antara mereka akan terus berkekalan demi kepentingan anak masing-masing.